Tuesday, April 26, 2016
Mengintai Sokongan Masyarakat Cina Sarawak Kepada BN... Kita Tengok Nanti Boleh Percaya Atau Tidak
Keputusan akhirnya adalah pada 7 Mei... tapi tengok kepada
ceramah-ceramah SUPP, parti utama masyarakat Cina di Sarawak itu bakal
mendapat sokongan lebih besar daripada sebelum ini. SUPP boleh diibaratkan MCA di Sarawak... parti itu kalah teruk dalam
pilihanraya lepas kepada DAP yang mendapat sokongan padu masyarakat Cina
bandar.
Tapi itu cerita lama... sebelum Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri. Tindakan yang diambil Adenan dalam dua tahun pentadbirannya sejak
Februari 2014 dipercayai akan menaikkan undi popular SUPP di
bandar-bandar.
Adenan dengan 53 langkah transformasi termasuklah keputusan beliau
mengiktiraf sijil UEC, memperuntukkan RM12 juta kepada sekolah
persendirian Cina untuk tempoh tiga tahun dan tidak menganggap kaum Cina
sebagai pendatang.
Selain itu Adenan turut mengumumkan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi kedua bagi Sarawak. Harapan Adenan adalah supaya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan
Parti Rakyat Bersatu (UPP) mendapat sokongan semula daripada pengundi
Cina.
Beberapa siri ceramah melibatkan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian melihatkan kehadiran orang ramai. Salah satunya di DUN Batu Kawah yang sebelum ini dimenangi oleh DAP. Kawasan itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dr Sim, Christina Chiew (DAP) dan Liu Thian Leong, Bebas.
Dr Sim, 50, yang berjanji akan membawa pembangunan ke Batu Kawah sambil
menambah parti menjangkakan ‘persaingan sengit dan garang’. “Batu Kawah perlu banyak kemudahan dan aktiviti ekonomi dengan itu kita
boleh terus maju menjadi bandar satelit, tidak sekadar bandar kecil,”
katanya.
Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan hadir
mengiringi Dr Sim ke Pusat Penamaan calon sebagai memberi sokongan moral
kepadanya. Christina mengalahkan Tan Joo Phoi juga calon SUPP dengan jumlah undi 7,439.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen cuba main
'reverse psychology' dengan mengakui DAP kali ini sukar untuk menembusi
kekuatan BN di bandar - ungkapan yang patut ‘dibaca' dengan rasa curiga.
Kalau ikhlas hatinya, tentu sekali susah bagi DAP menerawang ke luar bandar. Sedangkan impian DAP untuk meraih 22 kerusi kali ini dilihat agak ‘bercita-cita besar’. Untuk rekod dalam pilihanraya sebelum ini DAP bertanding di 14 kerusi Cina bandar dan menang 12 daripadanya pada 2011.
Sedangkan di atas kertas, dalam pilihanraya kali ini untuk BN mendapat
majoriti dua pertiga iaitu 55 daripada 82 kerusi dijangka tidak sukar
kerana dengan PBB dan PRS sahaja sudah cukup mencapainya.
Sedangkan jika kaum Cina enggan memberi undi mereka kepada BN, kekuatan parti kerajaan itu dilihat tidak akan terjejas. Bahkan kedudukan jawatan Ketua Menteri juga tidak terjejas. Ini berikutan kawasan majoriti pengundi Cina cuma 16 kerusi sahaja berbanding 82 kerusi yang dipertandingkan.
Berdasarkan angka itu, jangan kata satu pertiga kerusi (jumlah
keseluruhan) malahan satu perempat pun tidak mungkin mampu dicapai. Sungguhpun kedudukan BN di Sarawak dianggap begitu kuat namun Adenan
tidak mahu menggunakan kelebihan itu sebaliknya beliau terus mengambil
pendekatan mengambil hati khususnya masyarakat Cina dalam era
pemerintahannya ini.
Hakikatnya, kerajaan BN Sarawak pada masa ini berjaya melaksanakan dasar
yang adil sekali gus membawa kesejahteraan kepada semua lapisan rakyat
pelbagai agama dan etnik di negeri itu isu yang tidak mampu
diperjuangkan oleh pihak pembangkang.
Dalam perkembangan sama SUPP mahupun UPP seharusnya melupakan perbezaan
pendapat antara dua parti itu buat sementara waktu ini memandangkan
setiap keputusan melibatkan pengundi Cina pada PRN Sarawak kali ini
disifatkan sebagai amat penting.
Sedikit sebanyak keputusan yang bakal dibuat oleh pengundi Cina di
Sarawak pada 7 Mei ini akan mempengaruhi hala tuju dan masa depan negeri
berkenaan secara keseluruhan kerana kaum Cina juga adalah salah satu
komuniti terpenting di negeri tersebut.
Pada hari pengundian mereka ada dua pilihan sama ada mahu berganding
dengan Adenan dan BN atau memilih menolak parti kerajaan itu....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment