Thursday, April 28, 2016
NGO R Cuba Perangkap TSMY Dengan Menyuruh Sign Plaque Tuntutan Royalti Minyak Kelantan
Tapi kenapa NGO ini hanya tumpu pada Tuntutan Royalti Minyak sahaja
sebaliknya kenapa senyap dengan perbagai lagi royalti hasil bumi
Kelantan ??
Seperti Manganese, Feldspar, Leak, Bijih Timah, Emas, Barite, Lempong
Bebola, Celina dan macam-macam lagi sumber mineral Kelantan yang tiada
dinegeri lain tapi ada dinegeri kita termasuk juga jenis tananam dan
batuan.
Tapi adakah rakyat tahu dan pernah diberitahu berapa hasil pendapatnya serta kemana diguna dari hasil semua itu ?
Dan sejauhmana ianya dijadikan manafaat sebagai sumber ekonomi dan pendapatan rakyat ataupun dapat mewujubkan peluang kerja ?
Serta berapa buah kilang-kilang telah berjaya diujubkan ?
Dan selain itu setahu saya agak banyak pajakan melombong telah
diluluskan dan dikeluarkan tapi berapa kerat lombong-lombong tersebut
yang beroperasi ?
Atau Kerajaan Kelantan hanya tahu meluluskannya sahaja sebaliknya semua
itu tanpa buat semakan kesahihan laporan pra carigali atau pra
kebolehlaksanaan yang dibuat oleh konsultan perlombongan yg dilantik
oleh pemohon pajakan melombong ?
Rakyat perlu diberitahu, atau NGO R lebih suka kepada perkara yang
mengelirukan yang akhirnya mampu menimbulkan kemarahan rakyat dan
timbulnya pergaduhan dikalangan rakyat berbanding soal kebenaran ?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment