Tuesday, April 26, 2016
#PRNSarawak: Anwar Tak Habis-Habis Tawar Harapan Palsu
EDITOR MENULIS...
26 APRIL 2016
Anwar Ibrahim ada kes di Mahkamah hari ini dan
peluang keluar dari penjara itu diambil wartawan untuk bertanya tentang
huru hara yang berlaku di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan
dalam mendepani pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung
sekarang.
Yalah, kata berpakat tapi DAP lawan PKR,
PKR lawan PAN dan sebagainya, yang takde hanya DAP lawan PAN saja,
nampak sangat PAN ni balaci tegar DAP. Tapi ini cerita lainlah.
Pentingnya sekarang ialah kenyataan
Anwar yang masih menaruh harapan untuk melihat semua pertelingkahan itu
diselesaikan, masih ada masa untuk bincang semula kata dia. Eh, apa
takde orang bagitau Anwar ke yang proses penamaan calon dah selesai
semalam, nak bincang apa lagi?
Bukan boleh batal pencalonan macam dulu dah, jalan terus, jadi nak selesai macam mana, harapan apa yang tinggal lagi?
Tidak setakat itu, perang mulut antara
DAP dan PKR juga sudah bermula. DAP kutuk cukup-cukup PKR tapi PKR
pulak nampaknya segan-segan nak hentam DAP balik. Dengan DAP salahkan
PKR sebab langgar janji, membazir saja undi, pergi jahanam dan
sebagainya, PKR pulak sifat pertembungan sesama sendiri itu sebagai
nasib tak baik – lunak gitu, nampak sangat siapa ketua.
Pendek kata bukan setakat pertembungan
itu saja masalah DAP dan PKR sekarang, malah perang mulut, kutuk
mengutuk dan sebagainya tu, nak betulkan macam mana?
Sebetulnya, inilah Anwar, suka sangat
bagi harapan palsu untuk nampak kuat. Dah takde harapan, dia kata masih
ada harapan. Dulu bila PAS dan PKR bertembung beberapa kerusi dalam
PRU13 pun Anwar kata takde masalah, penyudahnya, PAS tinggalkan Anwar
dan Pakatan Rakyat berkubur tanpa nisan begitu saja.
Macam ini rakyat nak percaya ke? Tak usah buang masa lah, undi saja BN.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment