Thursday, April 28, 2016
Terkini !!! DAP Ugut Jawatan Azmin Di Hujung Tanduk
Nampaknya permainan tikam menikam antara PKR, DAP dan PAN di Pilihanraya Negeri Sarawak makin menarik..
Berita terbaru yang EP terima mengatakan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan
Anthony Loke akan memanggil semua pimpinan DAP untuk membuat sidang
tergempar menolak kepimpinan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Semuanya kerana Azmin enggan mengikut telunjuk DAP semasa pembahagian
kerusi calon untuk bertanding di PRN Sarawak sehinggakan mereka terpaksa
bertanding sesama sendiri.
Dalam masa yang sama tali barut DAP iaitu Mat Sabu dan Saifudin Nasution
ditugaskan untuk menghasut dengan Wan Azizah mengenai isu ini..
EP difahamkan DAP telah memberi masa kepada PKR sehingga Jumaat ini
untuk menarik diri dari bertanding di 5 kerusi yang menjadi masalah.
Dan sekiranya PKR gagal berbuat demikian DAP telah mengugut untuk keluar
dari team Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun M dan seterusnya
keluar dari Pakatan Haram..
Bagaimana agaknya Azmin bersama penasihat-penasihtnya iaitu Shamsul
Iskandar dan Tian Chua nak menyelesaikan ugutan dari DAP ini..Samaada
akur dan tunduk pada kehendak DAP atau hilang jawatan MB
Selangor..Sama-sama kita nantikan keputusannya..
**Dengar kata DAP telah mengupah Mat Sabu dan PAN untuk membuat kacau di semua program PKR sepanjang PRN Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment