Tuesday, April 26, 2016

Calon BN Akui Diugut Supaya Tarik Diri Dari Bertanding.. #PRNSARAWAK

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
Bertekad Mara Ke Depan Bersama Rakyat!

Wahai Para Pengundi dan Rakan-Rakan yang dikasihi, semoga keamanan bersama anda sekalian! Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akhirnya telah dipanggil!

Saya benar-benar berbesar hati diumum sebagai sebahagian daripada “Pasukan Adenan” dan dipilih sebagai calon langsung BN untuk bertanding di konstituensi N74 Pujut Miri.

Saya menganggap ini sebagai satu cabaran besar kerana konstituensi Pujut ialah kawasan majoriti kaum Cina dengan kualiti kemanusiaan yang tinggi. Tambahan pula, Pujut juga merupakan penempatan tradisional para penduduk tempatan dan warga emas yang berhijrah dari bahagian-bahagian lain.

Menghapuskan Stigma “Kawasan Hitam” & Menjadi Sebahagian Daripada Pembangunan Arus Perdana.

Pujut dan Krokop berkait rapat dan menampilkan kepelbagaian penduduk yang paling ketara di bandaraya Miri. Konstituensi Pujut telah dirujuk sebagai “Kawasan Hitam” BN oleh golongan pemerhati politik dan terpaksa menghadapi ketidakadilan selama bertahun-tahun serta dikecualikan daripada pembangunan arus perdana.

Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di perjalanan politik yang mencabar tetapi saya sudah bersedia untuk bekerja keras bersama dengan para pengundi Pujut demi perpaduan dan maruah yang lebih teguh.

Mari kita berjalan keluar dari jerebu politik “Kawasan Hitam” dan berjuang secara terbuka dan sah sebagai penduduk “Kawasan Putih” untuk pembangunan tempatan yang selayaknya daripada kerajaan.

Politik sangatlah realistik dan pembangunan tempatan tidak boleh diabaikan. Saya amat memahami keadaan di Pujut dan Krokop kerana saya pernah menetap di kedua-dua tempat tersebut dan saya berkongsi perasaan sama yang anda alami.

Pada pendapat saya, kita mesti mengatasi masalah-masalah semasa di depan mata terlebih dahulu sebelum beralih untuk meninjau dasar-dasar makroekonomi.

Saya amat terharu dan berterima kasih kepada kawan-kawan saya, para pengundi dari pelbagai kawasan di Miri dan anda semua atas sokongan dan dorongan anda berikutan pengumuman senarai calon.

Tiga Penembusan & Konsensus Utama
Terdapat tiga penembusan dan konsensus utama daripada keputusan dalam memilih saya untuk bertanding di kerusi N74 Pujut sebagai calon langsung BN.

Tiga penembusan utama ialah:
Pertama : Kompromi and keharmonian di antara parti-parti BN berasaskan kaum Cina.

Kedua : Strategi bersepadu ahli-ahli parti BN Sarawak.

Ketiga : Penyelesaian masalah dan pertikaian politik Sarawak.

Tiga konsensus utama ialah:

Pertama : Musuh menjadi kawan, parti-parti politik berazam mendahulukan rakyat.

Kedua : Kesedaran politik terbuka dan mempertahankan autonomi Sarawak.

Ketiga : Kesepaduan kuasa rakyat untuk melaksanakan pentadbiran baharu.

Ini bukan sahaja semangat keharmonian politik BN tetapi ia juga mencerminkan prinsip yang mementingkan keharmonian sebagai asas utama perhubungan dalam budaya tradisional Cina, iaitu, ‘berlawan antara satu sama lain dan kalah’ dan ‘bekerjasama antara satu sama lain dan menang’.

Perdamaian politik dan penekanan terhadap perkhidmatan kepada rakyat adalah matlamat bersama. Ini juga merupakan kehendak majoriti masyarakat dan pengundi Cina.

Menggalakkan Keharmonian Antara Parti-Parti Politik & Menuntut Semula Kuasa Autonomi Sarawak

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 tidak sama seperti pilihan raya yang lalu. Kita bukannya hendak mengalahkan sesiapa tetapi sebaliknya kita mahu menyampaikan mesej yang jelas dan tegas kepada kerajaan persekutuan, iaitu rakyat Sarawak mahu menuntut semula hak-hak perlembagaan negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang dibuat 53 tahun lalu.

Pendirian saya sangat jelas dan tegas, iaitu menyertai “Pasukan Adenan” untuk mempertahankan autonomi Sarawak, tidak kira betapa susahnya. Objektif utama dalam kerjaya politik saya ialah untuk menggalakkan keharmonian politik di kalangan parti-parti politik.

Selepas pengumuman senarai calon di mana saya dipilih sebagai calon Pujut, ada orang menasihati saya agar berundur daripada politik dan jadilah seorang ahli perniagaan yang gembira. Kawan-kawan menasihati saya supaya tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang kerana kedua-dua Pujut dan Krokop merupakan kawasan hitam politik dan keadaan politik juga tidak menentu di seluruh negara.

Sebelum itu, terdapat juga sebilangan orang yang cuba memfitnah dan memburukkan saya, keluarga dan kawan-kawan saya melalui internet. Pada masa itu, keluarga dan kawan-kawan karib saya memberi amaran kepada saya supaya jangan menyertai politik.

Berazam Mewujudkan Nilai Sosial & Percaya Dengan Pilihan Rasional Pengundi

Walau bagaimanapun, rasa tanggungjawab yang kuat terhadap perubahan masa memberitahu saya, “Jangan berundur”, dan saya memutuskan untuk mara ke depan bersama dengan rakyat. Ini kerana saya percaya bahawa para pengundi Pujut dan Krokop adalah rasional dan mempunyai kebijaksanaan sebenar dalam memilih wakil rakyat yang terbaik.

Sebagai seorang ahli perniagaan, saya sentiasa berpegang kepada kepercayaan iaitu “mewujudkan nilai sosial lebih penting daripada membina kekayaan peribadi”.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Seperti kebanyakan rakyat Sarawak yang cinta negeri, saya berharap semua orang boleh memberi sokongan antara satu sama lain untuk masa depan yang lebih baik melalui kekuatan politik.

Saya menganggap Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 sebagai perjuangan sengit kerana jika kita terlepas tempoh keemasan lima tahun ini, rakyat Sarawak akan sekali lagi kehilangan peluang baik untuk pembaharuan.

Seruan Kepada Golongan Muda Agar Tampil Ke Depan Dengan Berani, Mempertahankan Autonomi Sarawak & Membawa Perubahan Kepada Keadaan Semasa.

Masa depan Sarawak terletak di tangan anak-anak muda kita. Saya menggesa golongan muda supaya berani menyertai pasukan dalam mempertahankan autonomi Sarawak, berjuang untuk hak dan kepentingan yang lebih banyak dan mengukuhkan kekuatan untuk mewujudkan satu dunia baru dan melangkah ke satu era baru.

Adenan Satem lantang bersuara dan reformis politik sebenar. Beliau membantu menyelesaikan masalah rakyat Sarawak secara ikhlas dan proaktif dan bukannya menunggu masalah datang kepadanya.
Kita mesti menghormati dan mempercayai beliau.

Saya bersungguh-sungguh merayu kepada Pengundi, sila berikan saya undi anda, sila berikan saya peluang untuk mara ke depan bersama dengan anda. Sokongan yang kuat daripada rakyat akan memberi saya kekuatan dalam mengawasi pelaksanaan pentadbiran dan dasar-dasar baharu.

N74 Pujut adalah salah satu kerusi yang paling menarik perhatian dan paling penting di negeri ini. Ini kerana ia adalah kawasan majoriti Cina dan kerusi ini telah dimenangi oleh parti pembangkang pada pilihan raya negeri yang lalu.

Lima tahun yang lalu sejak saya menubuhkan tiga Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong, saya tidak pernah berhenti melibatkan diri secara aktif dalam tiga kawasan utama di Miri dan membantu orang ramai menyelesaikan masalah mereka.

Wahai Pengundi, menjadi calon BN ialah langkah pertama saya ke platform politik dan merupakan satu tahap lanjutan daripada pusat khidmat masyarakat di mana saya berharap dapat memperluas dan meningkatkan perkhidmatan saya kepada rakyat melalui kekuatan politik.

Pasukan saya akan memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Pujut, meningkatkan infrastruktur asas, mengukuhkan perkhidmatan keselamatan, menggalakkan kebersamaan rakyat, melaksanakan dasar semangat kejiranan dan katakan “Tidak” kepada jenayah.

Saya merayu dengan ikhlasnya kepada lebih dua puluh enam ribu pengundi DUN N74 Pujut untuk memberi saya satu-satunya peluang ini. Sila berikan undi anda yang amat bernilai kepada saya.

Datuk Hii King Chiong
Calon BN N74 Pujut

Terima Kasih!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment