Thursday, April 28, 2016
Sarawak... Mengintai Disebalik Harapan Kit Siang
Sudah dua kali pemimpin utama DAP Lim Kit Siang memberi jaminan kepada
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan terus
menerajui negeri itu selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
ke 11 diumumkan pada 7 Mei nanti.
Memang tidak ada peliknya kenyataan Penasihat DAP itu kerana di atas
kertas, Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan kekal memerintah Sarawak
sekurang-kurangnya dengan memenangi 67 daripada 82 kerusi
dipertandingkan.
Sebab itu kata Kit Siang, tujuan utama mereka adalah untuk menafikan BN
menang majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Bagi tujuan itu,pembangkang khususnya DAP, PKR dan AMANAH perlu memenangi paling kurang 28 kerusi.
Ini tidak mengambil kira 11 kerusi yang ditandingi PAS kerana jika ada
calon parti Islam itu menang, belum ada jaminan mereka bersama bagi
melengkapkan bilangan bagi menafikan majoriti dua pertiga BN.
Untuk rekod pada PRN Sarawak ke 10, pembangkang hanya menang 15 kerusi, Bebas (1) manakala BN 55 kerusi.
Bilangan keseluruhan kerusi DUN Sarawak ketika itu adalah 71 manakala pada PRN kali ini, jumlah meningkat kepada 82 kerusi.
Daripada jumlah itu, selain DAP bertanding 35 kerusi, PKR mempertaruhkan
40 kerusi, PAS 11 dan AMANAH mencuba nasib di 13 kerusi.
Bagaimanapun, melihat pertelagahan DAP dengan PKR ekoran pertindihan
kerusi yang ditandingi di enam DUN, ianya sedikit sebanyak boleh menjadi
penghalang kepada hasrat Kit Siang bagi menafikan BN mendapat majoriti
dua pertiga.
Sudah tentu agak mustahil BN hanya memenangi 54 kerusi sahaja pada PRN
kali ini sedangkan pada PRN 10, jumlah dimenangi adalah 55.
Ambil kira bilangan itu berjaya dipertahankan dan BN menangi lagi 10
daripada 11 kerusi baru dipertandingkan berikutan persempadanan semula,
bermakna keseluruhan kerusi dimenangi BN adalah 65.
Tanpa mengecilkan kemampuan pembangkang dengan memberi jangkaan mereka
memenangi 17 kerusi – meningkat dua daripada sebelum ini, pembangkang
masih gagal menafikan BN majoriti dua pertiga.
Justeru itu, tidak pelik Kit Siang mengakui Adenan akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk lima tahun lagi.
Membaca kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu, nyata ianya tersirat
kebimbangan Kit Siang bahawa pembangkang khususnya DAP sekali lagi akan
berputih mata di Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment