Tuesday, April 26, 2016

Isu Pembangunan Jauh Lebih Penting Bagi Rakyat Sarawak Dari Retorik 1MDB – Dr Jeneri

KUALA LUMPUR : Dap dilihat sukar untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 7 Mei ini memandangkan kepercayaan rakyat di negeri itu bahawa hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu untuk memastikan Sarawak terus bergerak ke hadapan sekaligus menjamin masa depan rakyat di negeri tersebut, demikian jelas seorang penganalisis politik, Prof Madya Jeniri Amir.

Menurut beliau, para pengundi di Sarawak khususnya di luar bandar masih lagi bergantung harap kerana bagi mereka hanya BN sahaja dapat melaksanakan projek pembangunan berkaitan dengan  keperluan asas dan serta pembangunan membabitkan bekalan air, elektrik, jalan raya, klinik, sekolah dan sebaganya.
Dr Jeniri Amir 
“Saya yakin isu pembangunan  jauh lebih penting bagi rakyat Sarawak berbanding isu-isu retorik seperti 1MDB dan sebagainya yang berlegar di peringkat nasional hari ini. Justeru itu saya percaya bahawa rakyat di negeri itu akan terus memberikan sokongan kepada calon parti yang mewakili BN, kerana mereka percaya hanya dengan memberi sokongan dan dokongan kepada parti komponen BN maka masa depan mereka  lebih terjamin dan terpelihara untuk terus bergerak ke hadapan.

“Selain itu, kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah turun ke Sarawak lebih 50 kali merupakan satu rekod baru sepanjang pemerintahan BN sejak 53 tahun yang lalu nyata telah memberikan keyakinan kepada rakyat Sarawak terhadap komitmen dan keikhlasan beliau untuk menyelami aspirasi rakyat serta menyelesaikan segala permasalahan khususnya bagi penduduk luar bandar di negeri itu.

“Saya kira kekerapan PM kita turun ke Sarawak merupakan satu pendekatan politik yang sangat ampuh justeru itu kita dapat lihat populariti PM di kalangan penduduk negeri itu telah meningkat 80 peratus di mana rakyat melihat dan percaya dengan komitmen dan kesungguhan beliau untuk terus membangunkan negeri tersebut seiring dengan negeri-negeri lain di negara ini,”ujarnya kepada media di sini hari ini.

Selain daripada itu, beliau yang juga pensyarah di UNIMAS berkata, kewibawaan Ketua Menteri Sarawak, Adnan Satem juga merupakan salah satu faktor yang menggusarkan parti pembangkang, khususnya Dap apabila populariti Adnan kini mencanak naik dengan beberapa agenda dan pelan pembangunan untuk rakyat di negeri tersebut sepanjang dua tahun pemerintahannya.

“Saya kira ianya juga merupakan satu faktor yang menyebabkan pihak pembangkang khususnya Dap merasa terdesak dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya di negeri tersebut, apabila jelas majoriti rakyat di negeri tersebut menerima  baik kepimpinan Adnan yang dilihat tegas tetapi bersederhana.

“ Malah kita lihat usaha Dap melalui program Impian Sarawak juga tidak mendapat sambutan dan saya percaya bahawa mereka tidak dapat menerobos ke kawasan luar bandar di negeri tersebut. Ini kerana hakikatnya program tersebut dilihat hanya lebih bersifat simbolik dan tidak memberikan kesan yang besar terhadap para pengundi di situ,” jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment