Tuesday, April 26, 2016

#PRN Sarawak 2016 : Guan Eng Tidak Layak Kecam KM Sarawak

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, beliau mendesak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem untuk menarik balik sekatan yang dikenakan keatas beberapa pemimpin pembangkang yang disekat kemasukannya ke Sarawak.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan negeri Sarawak dilihat seolah-olah sengaja menyalah gunakan kuasa yang ada pada kerajaan negeri untuk menghalang kemasukan mana-mana pemimpin pembangkang ke Sarawak.
lim-sarawak-adenan 
Dakwa beliau lagi, ia seolah-olah menyekat kebebasan berpolitik dan tidak menghormati prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di Malaysia.
images (4)
Dalam hal ini, Lim Guan Eng sebenarnya tidak ada hak dan sebab untuk menyuarakan tentang isu salah guna kuasa. Ini kerana, Guan Eng sendiri berhadapan dengan banyak pertuduhan salah guna kuasa yang dilakukan olehnya sejak mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008.

Malah, beliau sendiri juga masih disiasat oleh SPRM berhubung banyak salah laku penyelewengan tanah yang dilakukan oleh beliau seperti skandal banglo di Jalan Pinhorn, penyelewengan Taman Manggis dan banyak lagi.

Adakah sesuai bagi seorang yang sedang disiasat oleh SPRM dan PDRM bercakap mengenai penyalah gunaan kuasa dan mempertikaikan kuasa orang lain?

Guan Eng harus cermin diri dahulu sebelum membicarakan hak bersuara kerana dia sendiri bertindak menyekat sebarang kritikan terhadap corak kepimpinannya di Pulau Pinang.

Malah Guan Eng juga dilihat antara individu yang anti kebebasan bersuara tetapi dia sendiri bebas untuk menghentam sesiapa sahaja yang dia suka.

Justeru, paling mudah, Guan Eng harus memberi tumpuan terlebih dahulu terhadap siasatan yang dilakukan keatasnya dari membicarakan tentang negeri orang lain.

Sarawak bukan seperti Pulau Pinang yang sentiasa membuka pintu kepada imigran asing seperti dari China untuk menjadi warganya. Sarawak mempunyai undang-undangnya yang tersendiri untuk menjaga kebajikan dan keharmonian pelbagai kaum di Sarawak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment