Tuesday, April 26, 2016
Tamak Kuasa : Dalil Politik DAP Dan PKR Berbahaya Di Sarawak
Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak menyerlahkan bahawa ada perbalahan di
antara DAP dan PKR; sekurang-kurangnya di antara Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Sehingga saat akhir sehari sebelum penamaan calon, PKR mengisyaratkan
kepada DAP ia tetap mahu bertanding di Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah
and Murum. Justeru PKR dilaporkan mahu membincangkan lagi isu itu.
DAP menolak dan menegaskan sebelum ini bahawa kata sepakat berhubung
siapa patut bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan telah
dimuktamadkan dalam mesyuarat pimpinan nasional PKR dan DAP.
Malah Guan Eng mendedahkan mesyuarat yang menetapkan bahawa DAP akan
bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan itu dihadiri oleh Azmin
sebagai Timbalan Presiden PKR.
Bagaimanapun didesak oleh pimpinan PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian,
Azmin mendakwa bahawa rundingan masih belum muktamad dan perlu
dibincangkan semula.
Ini agak membingungkan kerana presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail sebelum itu sudah mengumumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi
di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan sudah selesai.
DAP 'tolak ansur', PKR mungkir janji
Beberapa hari sebelum hari penamaan calon, DAP mengumumkan langkah
'tolak ansurnya' dengan mengisytiharkan bahawa ia bersedia mengizinkan
PKR bertanding di Batu Kitang. Bagaimanapun PKR masih tidak berpuashati.
Azmin mengesahkan bahawa PKR akan meletakkan calonnya dalam pertandingan
untuk lima kerusi berkenaan dan mengisyaratkan kepada Baru Bian
mengeluarkan watikah pelantikan calon-calon PKR.
Sebagai tindak balas, DAP pun menurunkan enam calonnya (termasuk di Batu
Kitang) untuk berhadapan calon-calon BN dan PKR pada hari penamaan
calon.
Lim Guang Eng tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap tindak tanduk
dan cakap berdolak dalik PKR kerana menganggap partinya sudah
'diperdayakan' oleh PKR yang tidak menepati janji.
“Ini bukan soal satu kerusi sahaja tetapi lima kerusi. Jika hanya satu
kerusi kita boleh faham dan akan cuba untuk katakan ia suatu lepas
pandang. Tetapi ini kes lima kerusi, bagaimana kita boleh lepas
pandang?,” kata Guan Eng.
Bagaimanapun bak membuka pekung di dada, Setiausaha Agung PKR, Rafizi
Ramli kemudian memberitahu portal berita Malaysiakini bahawa beliau
mendapat pengesahan Wan Azizah bahawa beliau tidak mengarahkan Baru Bian
bertindak demikian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment