Thursday, April 28, 2016
Itulah Saja Kata Kata Yang Boleh Dikatanya.... Rafizi Minta Maaf Pada Rakyat Atau DAP?
EDITOR MENULIS...
27 APRIL 2016
Rafizi dilaporkan telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya di
Sarawak apabila berlaku pertembungan di antara parti di dalam Pakatan
Harapan pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di bumi kenyalang.
Jika dirujuk pada kenyataannya di Facebook, Rafizi ada menyebut tentang
‘kemarahan’ dan ‘ketelanjuran emosi’. Lalu diungkapkan pula firman Allah
SWT dari surah Al-Maaidah yang menganjurkan umat Islam supaya berpegang
dan menunaikan janji.
Saya yakin, berkemugkinan besar tulisan Rafizi itu merujuk pada
pertembungan antara PKR dan DAP yang sedang berebut kerusi Dun Sarawak
pada PRN ke-11 yang sedang hangat berlangsung di sana.
Selalunya, hanya mereka yang melakukan kesalahan saja yang akan meminta
maaf. Saya menyimpulkan bahawa kenyataan permohonan maaf Rafizi itu
ditujukan kepada rakyat. Maksudnya, PKR telah melakukan kesalahan pada
rakyat.
Saya musykil, siapakah yang dimaksudkan Rafizi dalam soal ‘kemarahan’
dan ‘ketelanjuran emosi’ itu. Siapakah yang ‘marah’ dan siapakah yang
‘telanjur emosi’? Adakah Rafizi maksudkan adalah Ahli Parlimen DAP, Ng
Wei Aik yang menghamburkan ‘Ask PKR to go to hell’?
Rafizi minta maaf pada siapa sebenarnya? Rakyat atau DAP? Siapa yang
mencetus kemarahan siapa? Siapa yang terlanjur emosi? Pada penelitian
saya, rakyat memang tidak peduli pun pertembungan antara DAP dan PKR
di Sarawak. Tiada siapa yang peduli, ketawa adalah…
Kemudian Rafizi mengungkapkan ayat Al-Quran yang menyebut tentang
‘menepati janji’? Siapa pula yang tidak tepati janji? Rakyat yang tidak
tepati janji, atau DAP dan PKR sendiri yang sebenarnya tidak menepati
janji yang mereka persetujui sebelum ini?
Apakah Rafizi fikir DAP peduli pada firman dan seruan Allah di dalam
Al-Quran? Jika benarlah DAP peduli dan titik beratkan seruan Allah,
saya percaya semua pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan
Eng sudah peluk agama Islam. Mungkin nama pun sudah jadi ‘Abdullah Kit
Siang’ dan ‘Mohamad Guan Eng’.
Pada pandangan saya, apa yang dinyatakan Rafizi di Facebook itu hanya
akan mengeruhkan lagi pertikaian di antara DAP dan PKR. Rafizi
seolah-olah cuba memanjangkan cerita tentang pergaduhan mereka di sana.
Apakah Rafizi fikir dengan membuat kenyataan seperti itu maka ia akan
meredakan kemarahan DAP terhadap PKR? Di depan media dan rakyat yang
malas berfikir, mungkin boleh jual temberang. Tapi jangan main-main
dengan DAP.
Apakah Rafizi lupa apa yang pernah diungkapkan mendiang Karpal Singh
terhadap ‘dewa PKR’, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Masih ingatkah lagi
Rafizi pada kata-kata ‘Anwar Ibrahim harus bertaubat!’? Cuba Rafizi cari
ayat-ayat sebelum ayat tersebut…
Pada pandangan sayalah, bukan hanya DAP di Sarawak, malah DAP di
semenanjung ini pun mereka tidak akan sesekali tunduk pada sesiapa, sama
ada PKR mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang itu pendirian dan sikap
tradisi semulajadi DAP…
Pada pandangan saya juga, DAP hanya akan beri kerjasama HANYA sekiranya
tindakan yang hendak dilakukan itu tidak bertentangan dan menguntungkan
dasar parti tersebut. Cuba rujuk sejarah Pakatan Rakyat yang sudah
tinggal batu nisan. Bila PAS sentuh soal hudud dan negara Islam,
melenting-lenting DAP dibuatnya!
Jadi pesan saya kepada Rafizi, tidak perlulah ‘jual minyak angin’ konon
minta maaf pada rakyat. Pergilah melutut pada DAP, ‘kowtow’ dan ciumlah
kaki mereka jika itu mampu membuat DAP maafkan PKR.
Cuma saya harap, DAP tidak akan ‘sekolahkan’ Rafizi dengan
firman-firman Al-Quran tentang menepati janji. Hakikatnya, DAP memang
tidak peduli tentang dosa atau pahala kerana mereka bukan Islam. Tapi
Rafizi beragama Islam bukan? Kenapa tidak tepati janji?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment