Ketua Menteri itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengusir pemimpin utama DAP berkenaan jika mereka mencetuskan suasana politik tidak sihat di negeri ini.
"Jika mereka melanggar batasan dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, saya akan arahkan Jabatan Imigresen untuk ambil tindakan.
"Ini adalah amaran saya kepada mereka supaya berkelakuan baik," katanya dalam sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, Selasa malam.
Selain itu Adenan turut memberi penjelasan berhubung persoalan mengapa Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan bapanya Kit Siang selaku Ketua Parlimen DAP masih bebas untuk keluar masuk ke Sarawak tanpa sebarang sekatan.
"Saya benarkan Guan Eng dan Kit Siang kerana setakat ini mereka berkelakuan baik," katanya.
Sebelum ini beberapa pemimpin dan aktivis politik dari semenanjung termasuk di kalangan parti pembangkang dan Umno dihalang daripada memasuki Sarawak.
Antara mereka ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos.
No comments:
Post a Comment