Tuesday, April 26, 2016

Pemuda UMNO Pulau Pinang Cabar Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/Rafizal-Abd-Rahim.jpg
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terpalit dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dicabar oleh Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendedahkan dokumen jual beli tanah Taman Manggis. 

"Guan Eng dilihat hanya aktif membalas segala tuduhan dan dakwaan melalui media sosial dan kenyataan media tetapi mengapa tiada tindakan saman? Kalau Guan Eng betul, maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sila jadi anak jantan, jangan hanya berani berkokok di luar gelanggang," kata Ketua Pemuda Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Cabaran itu dibuat oleh Ketua Pemuda Pulau Pinang kerana Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang sering memusing fakta bagi menyelamatkan diri serta suka menyalahkan orang lain.

Lihat sajalah apa yang dilakukan Guan Eng ketika penyelewengannya mula didedahkan oleh pemimpin Barisan Nasional.... Orang ramai meminta Guan Eng untuk menjelaskan mengenai pendedahan ini dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan dilakukan, tetapi Guan Eng boleh mengajak pemimpin Barisan Nasional tersebut untuk minum kopi bersama serta mengajak pengamal media ke rumahnya.

Tak tahu laa kenapa Guan Eng terfikir untuk mengajak pemimpin tersebut untuk minum kopi dan mengajak para pengamal media ke rumahnya.... Adakah dengan mengajak pemimpin tersebut minum kopi bersama dan para pengamal media akan membuktikan Guan Eng tidak bersalah dalam penyelewengan tanah Taman Manggis??

Bila pelawaan minum kopi itu ditolak dan penyelewengan Guan Eng berhubung tanah Taman Manggis terus didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional, Guan Eng mula mencabar untuk berdebat dengannya mengenai isu ini yang akan disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, cabaran debat itu terpaksa dihentikan atas arahan pihak berkuasa yang tidak mahu debat itu diteruskan kerana akan mengganggu siasatan berhubung kes ini... Arahan tersebut mengatakan debat perlu dibatalkan dan boleh diadakan selepas siasatan selesai.

Bila arahan telah dikeluarkan, Guan Eng mula menyelamatkan diri dengan mengatakan arahan itu dikeluarkan untuk menyelamatkan Rahman Dahlan dari debat ini, serta pembatalan debat ini jelas membuktikan Rahman Dahlan memfitnah dirinya berhubung isu tanah Taman Manggis.

Betul ke pembatalan debat ini menyelamatkan Rahman Dahlan?? Kalau Guan Eng mahu debat ini diadakan dengan kadar segera, Guan Eng perlu memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan dilakukan dengan segera... Tapi, Guan Eng sehingga hari ini masih tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan tindakan Guan Eng itu melambatkan siasatan isu ini.

Oleh demikian, sekiranya Guan Eng merasakan pendedahan ini merupakan satu fitnah yang dibuat Rahman Dahlan kepadanya, Guan Eng dicabar untuk memfailkan saman terhadap Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional itu... Jangan hanya pandai membalas tuduhan melalui laman sosial dan kenyataan media... Ambil tindakan dengan menyaman Rahman Dahlan!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment