Tuesday, April 26, 2016

#PRNSarawak : PKR Mahu Berbaik... Tapi DAP Pula Bagaimana??

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/mansor-othman-phpp.jpg
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan peluang kerjasama untuk berbaik-baik semula dengan DAP, berhubung krisis ‘salah faham’ mengenai  situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP. 

Iyalah sebab masing-masing nak bertanding di enam kerusi terbabit, tak ke bertembung sesama sendiri nanti.

Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata, masih ada jalan untuk mereka menjernihkan kembali keadaan sekiranya parti DAP bersedia untuk bertolak ansur dan mempunyai kemahuan untuk “memberi dan menerima”. Itu pun kalau DAP masih nak berpegang pada matlamat satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.

“Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.

“Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?” soal Mansor.

PKR ni kononnya nak ikut seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kat dalam penjara tapi sibuk nak ambil tahu pasal negara. Kononnya menyeru supaya PKR dan DAP kembali duduk satu meja dan berbincang demi kesepakatan mereka.

Persoalannya sekarang ini, mahukah DAP duduk berbincang?? Rasanya kalau berbincang dan keputusannya menguntungkan pihak DAP memang Cina kiasu tu mau sangat la, tapi kalau merugikan... Hahahah! Ingat DAP nak tengok saja?

“Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

“Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” jelas Mansor.

Haaaaa… Kan dah cakap tadi! DAP ni susah nak bertolak ansur  kalau mereka yang kena tanggung rugi! Jenis gila kuasa ni susah la nak bawa berbincang.. Hahaha! Sudah masing-masing tak nak mengalah, jadi kalian bertanding la sesama sendiri.. Hahaha! Pastinya akan menguntungkan Barisan Nasional nanti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment