Tuesday, April 26, 2016

Laporan Tahunan 2015 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)

http://assets.bharian.com.my/images/articles/Teks_Penuh_Ucapan_Perdana_Menteri_Melancarkan_Laporan_Tahun_2014_GTP_dan_ETP.transformed.jpg
Berikut ialah intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis pelancaran Laporan Tahunan 2015 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN) :

* GTP daripada aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya
* ETP menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara mencapai 111 peratus KPI, serta menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik pula, 108 peratus KPI telah dicapai
* GTP telah melewati horizon atau fasa 1 dan 2 dan kini telah memasuki fasa seterusnya melalui Rancangan Malaysia Ke-11 untuk menjulang Malaysia ke status negara maju
* Meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia berterusan mencatat pertumbuhan purata KDNK 5.6 peratus sejak 2010
* Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan pertumbuhan terbaik di ASEAN tahun lepas
* Pendapatan negara kasar per kapita telah meningkat sebanyak 30 peratus tahun lepas kepada lebih RM36 ribu berbanding sekitar RM28 ribu pada 2010
* Malaysia mencatatkan lebihan dagangan untuk bulan ke-220 berturut-turut sejak November 1997
* Pada Februari 2016, Malaysia mencatatkan lebihan eksport daripada import bernilai RM7.5 bilion
* Ringgit telah mencapai tahap tertinggi 3.865 berbanding dolar Amerika pada 13 April 2016, meningkat 11 peratus sejak akhir tahun 2015
* Saham Bursa Malaysia telah terjual kepada para pelabur luar negara bernilai RM6.4 bilion setakat 22 April, 2016
* Kerajaan telah berjaya menerbitkan Sukuk Global bernilai US$1.5 bilion pada 20 April, 2016, atau terlebih langgan 4.2 kali
* Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,089 kilometer dari Teluk Melano hingga ke Lawas bakal menjadi nadi perubahan utama dan membuka lebih banyak peluang ekonomi
* Projek Kanowit-Song-Kapit bernilai RM150 juta akan beri manfaat kepada hampir 100 ribu penduduk
* Program 1AZAM telah memanfaatkan 287 ribu ketua isi rumah di Malaysia
* Pertumbuhan sektor swasta mewujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan baharu dari 2010-2015
* Tempoh menunggu di 17 hospital kerajaan berjaya dikurangkan hingga 50 peratus, dengan memanfaatkan dua juta pesakit.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment