Ingatkan bila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan
supaya debat antara Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional, Datuk
Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
dibatalkan, Guan Eng akan senyap kerana dirinya telah diselamatkan.
Rupa-rupanya Guan Eng boleh menuduh pula... Guan Eng boleh tuduh kata
arahan yang dikeluarkan dari pihak SPRM dan PDRM itu merupakan satu
'skrip' yang selalu digunakan oleh pemimpin kerajaan apabila sering
diajak untuk berdebat.
"Jelas sekali peraturan yang sama turut dipakai dan seluruh drama serta
sandiwara akan diulang tayang, di mana beliau akan mengambil nasihat
supaya tidak meneruskan debat kerana hal tersebut kini menjadi urusan
mahkamah dan hanya boleh berdebat dengan saya selepas saman fitnah itu
selesai," kata Setiausaha Agung DAP itu.
Bila Guan Eng menuduh arahan yang dikeluarkan pihak SPRM dan PDRM itu,
kita jadi tertanya-tanya siapa sebenarnya yang diselamatkan dari sesi
debat ini?? Benarkah Rahman Dahlan telah diselamatkan oleh 'skrip' dari
pihak SPRM dan PRDM ini??
Rasanya, yang diselamatkan dari 'skrip' ini adalah Guan Eng... Guan Eng
perlu sedar bahawa debat ini dibatalkan bukan untuk menyelamatkan
'maruah' Rahman Dahlan, sebaliknya menyelamatkan 'maruah' Guan Eng yang
semakin terbongkar.
Sekiranya Guan Eng mahu debat ini diadakan dengan kadar segera... Guan
Eng perlu memberi kerjasama dengan menghadirkan diri ke pejabat SPRM
untuk diambil dan dirakam keterangan berhubung skandal tanah Taman
Manggis dan pembelian rumah banglo mewah.
Jika Guan Eng masih berkeras untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM,
maka siasatan skandal ini akan tergendala sekaligus akan menyebabkan
debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng tidak dapat diadakan dalam masa
terdekat.
Dalam masa sama, Guan Eng turut mendakwa pembatalan debat itu juga
sebagai satu langkah untuk menggalakkan dirinya mengambil tindakan saman
fitnah terhadap Rahman Dahlan yang mendedahkan mengenai dokumen tanah
Taman Manggis.
Jelas Guan Eng, sekiranya beliau mengambil tindakan saman fitnah
terhadap Rahman Dahlan, saman tersebut boleh dijadikan sebagai alasan
kukuh untuk Rahman Dahlan mengelak dari berdebat dengannya.
"Abdul Rahman Dahlan nampaknya begitu terdesak dan mahu lari daripada
cabaran debatnya sendiri, sehingga beliau mencabar saya membuat saman
fitnah terhadapnya di mahkamah. Rahman tahu bahawa jika saya
menyamannya, beliau dengan mudah boleh menggunakan alasan 'sub judice'
untuk mengelak daripada berdebat dengan saya," katanya..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment