Sehingga kini, dua 'gunting dalam lipatan' di dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir masih lagi giat menjelajah keliling negara memburuk-burukkan kepimpinan parti, khususnya Presiden parti, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya yakin mereka tidak punya sebarang maklumat yang kukuh selain dari fakta-fakta rekaan yang diubah suai Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri, dan mereka bercakap mengenainya secara berulang-ulang di depan akar umbi parti.
Pada akar umbi yang taksub pada mereka dan bersikap berat sebelah serta malas mencari jawapan sebenar, maka sudah tentu akan terima bulat-bulat apa yang dikatakan Muhyiddin dan Mukhriz.
Padahal, mereka berdua tidak ubah seperti 'penglipur lara' yang berkelana menjaja hikayat dongeng...
Apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya, Muhyiddin dan Mukhriz langsung tidak peduli.
Mereka tetap dengan cerita rekaan versi sendiri. Malah bapa Mukhriz, Tun Mahathir Mohamad mempertikai pengesahan Menteri Luar Arab Saudi itu dan meminta bukti.
Namun begitu, saya yakin bahawa sekiranya bukti kukuh 'ditempek ke dahi' Mahathir sekalipun, beliau tetap tidak akan terima hakikat dan kebenaran tersebut.
Mungkin pada Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, mereka hanya boleh terima kenyataan jika Najib meletak jawatan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu. Tapi apa yang saya pasti, Najib bukan Pak Lah, dan 'geng 3M' itu usah bermimpi untuk melihat Najib meletak jawatan.
Pengesahan Abel al-Jubeir itu menunjukkan bahawa memang benar RM2.6 bilion itu disumbang secara peribadi kepada Najib dari Keluarga DiRaja Arab Saudi. Pengesahan itu telah 100 peratus membuktikan dakwaan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz selama ini adalah BOHONG!
Selama ini, dilaporkan 'geng 3M' dan puak 'pemakan dedak' mereka mendakwa kononnya Najib 'menyamun' berbilion duit rakyat yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion itu. Malah Mahathir pernah menuduh pihak yang menyumbang dana sebesar itu sebagai 'Arab gila' dan 'Arab mabuk'!
Apabila telah kantoi 'berbohong' dalam isu berkenaan, apakah masih ada lagi yang begitu 'tolol' untuk percaya pada fitnah dari 'geng 3M' tersebut? Siapakah yang 'gila' dan siapakah yang 'mabuk' antara tiga individu di dalam 'geng 3M' itu agaknya?
Begitulah ceritanya bila sudah terlajak bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tuduh siapa yang malu sekarang? Malangnya bila sudah malu dikantoikan begitu, mereka bukan hanya masih tidak sedar, malah minta maaf pun tidak pada Najib dan seluruh rakyat Malaysia yang mereka tipu selama ini.
No comments:
Post a Comment