Tuesday, April 26, 2016

Mahathir Takkan Layan Walau Kebenaran Di Depan Mata

EDITOR MENULIS...
26 APRIL 2016
http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/Tun_Mahathir_Mohamad.jpg
Susulan pengesahan dari Menteri Luar Arab Saudi, Abel al-Jubeir berkenaan sumbangan dana politik secara peribadi bernilai RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat ramai yang terkedu. 

Setelah habis tempoh 'terkedu' mereka, bagaikan kehabisan modal, mereka minta pula bukti yang mengesahkan pengesahan dari Menteri Luar Arab Saudi itu. Seolah-olah Menteri Luar Arab Saudi itu menipu pula lagaknya, padahal beliau bukan ahli politik!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara yang pertama meminta bukti pengesahan tersebut.

Tindakan Mahathir itu sekaligus menunjukkan beliau langsung tidak mengiktiraf dan hormat pada sumber rasmi Kerajaan Arab Saudi yang selama ini banyak menabur budi di Malaysia, termasuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika berlakunya tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu sebelum ini.

Pada pandangan saya, sekiranya inilah sikap yang ditunjukkan oleh Mahathir, maka jelaslah beliau sudah hilang modal dan tiada lagi kreadibiliti dalam isu RM2.6 bilion. Terlalu kebudak-budakan dan membayangkan beliau kini sudah kembali ke alam 'kanak-kanak' semula.

Maaf bicara, selalunya sindrom kembali ke alam kanak-kanak itu adalah sinonim dengan tanda seseorang itu sudah 'nyanyuk'. Nampaknya Mahathir sudah menampakkan tanda jelas kepada rakyat Malaysia bahawa beliau telah nyanyuk kini?

Jika 'bukti yang mengesahkan pengesahan' yang diminta Mahathir, maka saya mencadangkan supaya usah dilayan asakan mengada-ngada individu terdesak itu. Jika dilayan, ia hanya akan membuang masa dan beliau tetap akan tidak berpuas hati juga biar apapun bukti yang diberikan.

Sebagai contoh, jika dikemukakan bukti kukuh seperti resit atau dokumen hitam putih yang sah sekalipun, Mahathir mungkin akan menuduh bahawa resit atau dokumen tersebut sebagai 'palsu' dan 'dibuat-buat' untuk menutup mulutnya.

Sekiranya ditempekkan di dahi Mahathir semua bukti-bukti kukuh tentang RM2.6 bilion itu sekalipun, penulis yakin beliau akan mencari 2.6 bilion alasan untuk menidakkan fakta sahih yang berada di depan matanya.

Jadi, apa gunanya layan orang yang sudah 'nyanyuk' seperti itu?

Motif Mahathir hanyalah satu, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dari kerusi Perdana Menteri. Beliau bukannya mahukan bukti kukuh, fakta sahih atau hujah bernas. Walau dibawa kebenaran sekali pun padanya, Mahathir akan kata 'ia tipu'.

Beliau tidak akan terima apa saja kecuali Najib meletak jawatan. Di depan rakyat, dia akan terus memperlekeh dan memfitnah Najib dengan pelbagai fakta bohong yang seakan-akan 'benar'. Lama-kelamaan dengan mempergunakan pengaruh yang beliau ada, fakta tidak benar itu akan dianggap benar oleh rakyat.

Taktik sedemikian sebenarnya sudah lama digunakan oleh puak Yahudi Israel sebagai propaganda politik mereka untuk menutup motif sebenar tindakan yang diambil. Hingga kini, mereka berjaya menjadikan Palestin sebagai mangsa.

Strategi itu kini digunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Ramai yang sedar tentang motif beliau mahu menjatuhkan Najib adalah untuk mengangkat anaknya, Dato' Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Walaupun tahu anaknya itu gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah, beliau tetap mahu anaknya jadi Perdana Menteri. Beliau sedar anaknya tidak pernah menang bertanding dalam UMNO, maka kerana itu Mahathir mahu anaknya dijadikan Perdana Menteri secara 'paksaan'?

Apa Mahathir fikir Malaysia ini beliau yang punya? Malaysia punya perlembagaan, sistem pemerintahan dan undang-undang. Malaysia bukan 'pekan koboi' yang boleh dicatur Mahathir sesuka hati. Apa beliau fikir beliau Yang DiPertuan Agong?

Kembalilah ke pangkal jalan. Jika sudah 'nyanyuk', saya cadangkan supaya keluarga Mahathir tempatkan beliau di dalam rumah saja. Jangan biarkan beliau merayau-rayau, terutama di sebelah malam. Jika hilang nanti siapa yang susah?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment