Thursday, April 28, 2016
Guan Eng Perlu Letak Jawatan Jika Gagal Bukti Rahman Memfitnah
PERMATANG PAUH : Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk
Zaidi Mohd Said berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu
meletakkan jawatan sekiranya masih gagal untuk membuktikan Datuk Abdul
Rahman Dahlan menfitnah dirinya berkaitan isu penyelewengan tanah Taman
Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn.
Jelasnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan itu telahpun meminta Guan Eng agar mengambil tindakan saman
sekiranya benar apa yang didedahkan berkaitan isu tersebut adalah satu
fitnah.
“Sebelum
ini Guan Eng begitu pantas akan mengambil tindakan undang-undang jika
merasakan dirinya berada dipihak benar. Tapi adakah kali ini dia
berasakan dirinya bersalah dan kerana itu dia hanya mendiamkan diri
tidak mahu saman.
“Atau dia takut lebih banyak pekung akan terbuka… Jika dia tidak
bersalah maka inilah landasan terbaik untuk mendapatkan kepercayaan
rakyat dan membuktikan dia memang mangsa fitnah,” ujarnya kepada
media.
Tambah Zaidi, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan
saman bagi membuktikan apa yang didedahkan Rahman adalah satu penipuan
untuk memburukkan dirinya.
Kini katanya, beban terletak di atas bahu Guan Eng… Seharusnya Guan
Eng menggunakan landasan ini sebaik mungkin untuk menyatakan kepada
rakyat bahawa penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo
mewah tidak menyalahi undang-undang.
“Jika Guan Eng masih terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan
saman maka rakyat akan menganggap apa yang didedahkan oleh Rahman adalah
satu kebenaran dan oleh itu Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya
dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.
“Saya sendiri berasa hairan apabila Guan Eng tidak mahu menggunakan
peluang di depan mata untuk membuktikan dirinya berada di pihak benar,”
ujarnya lagi.
Isu penyelewengan Taman Manggis dan pembelian rumah banglo Guan Eng
ini mula menjadi perbualan hangat apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
Datuk Shahbudin Yahaya mendedahkan perkara ini di dewan rakyat baru-baru
ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment