Thursday, April 28, 2016

Calon BN N76 Marudi Gembira Diterima Rakyat Setempat

MIRI : Calon BN bagi Dun N76 Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil hari ini menyatakan rasa besar hatinya terhadap masyarakat Marudi, khususnya pengundi di Dun N76 kerana sentiasa menyokong beliau sebagai calon BN di Pilihanraya Negeri Sarawak.

Didalam satu temubual khas bersama Utaranews.com petang tadi, Datuk Dr Penguang juga menyatakan kegembiraan kerana kempennya bagi PRN kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Selain itu, Dr Penguang juga berterima kasih kepada semua pemimpin di kampung-kampung serta ketua-ketua tempatan yang memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada beliau.


Dr Penguang disenangi rakyat setempat kerana beliau bukannya berkempen semata-mata di PRN ketika beliau diangkat sebagai calon BN, tetapi Dr Penguang dihormati kerana khidmatnya sebelum ini yang membantu pelbagai lapisan masyarakat.


Pada pilihanraya kali ini, Calon BN tersebut dicabar oleh wakil DAP serta PKR. Ketika ditanya mengenai peluang beliau untuk menang, Dr Penguang yakin mampu untuk menambat hati rakyat untuk mengundi dirinya pada hari pengundian nanti.


Beliau juga melahirkan harapan agar rakyat terutamanya pengundi di Dun N76 Marudi keluar beramai-ramai untuk mengundi di hari pengundian nanti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment