Tuesday, April 26, 2016
15 Perkara Dalam Manifesto BN Sarawak
KUCHING : Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto 15 perkara yang berpaksikan rakyat bagi pilihan raya negeri ke-11. Manifesto dengan tema ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan’ dilancarkan
oleh Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di ibu pejabat PBB, di
sini Selasa.
15 perkara manifesto adalah seperti berikut:
1. Menegakkan Hak Sarawak dan Rakyatnya
• Kami
komited melindungi hak-hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa
Antara Kerajaan (IGC) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
• Kami berjaya dalam rundingan fasa pertama dengan Kerajaan
Persekutuan mengenai penurunan kuasa, dan memperkasa tadbir urus
Kerajaan Negeri.
• Kami akan meneruskan rundingan fasa kedua yang melibatkan hal
berkaitan perundangan dan fasa ketiga yang melibatkan hal kewangan.
• Kami juga akan meneruskan rundingan untuk meningkatkan bayaran
royalti minyak dan gas dari lima peratus kepada 20 peratus untuk
Sarawak.
2. Mempertahankan Keamanan dan Keharmonian Negeri Kita
• Keharmonian dan keamanan adalah cara hidup rakyat Sarawak dan
Kerajaan BN Sarawak akan memastikan tiada elemen negatif merosakkannya.
• Untuk melindungi keamanan dan keharmonian di Sarawak, kami tidak
akan teragak-agak menggunakan undang-undang Imigresen untuk
menghindarkan tindakan golongan pelampau dan unsur-unsur negatif.
3. Memelihara Budaya, Warisan dan Kepercayaan Pelbagai Kaum di Sarawak
• Kami akan terus mengukuhkan amalan hormat-menghormati di kalangan
masyarakat berbilang kaum dan membenarkan setiap individu mengamalkan
agama masing-masing.
• Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan kami akan terus memelihara
perpaduan dan keharmonian untuk keamanan dan kemajuan serta kemakmuran.
4. Menjamin Hak Rakyat ke Atas Tanah Mereka • Kami tetap melindungi hak rakyat ke atas tanah mereka.
• Kami akan meneruskan kerja-kerja survei perimeter semua tanah NCR,
dan akan menjalankan kerja survei individu sehingga surat hak milik
tanah dikeluarkan untuk semua lot individu.
5. Melindungi dan Memulihara Alam Semula Jadi
• Kami komited untuk mewarta sekurang-kurangnya 10 peratus daripada
keluasan tanah negeri sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).
Sarawak telah menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu
juta hektar TPA menjelang tahun 2020.
• Kami akan terus melindungi alam semula jadi melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan dan menggunapakai teknologi terkini.
6. Mempertingkatkan Kebajikan Golongan yang Kurang Bernasib Baik
• Sebagai kerajaan yang prihatin, kami komited untuk meningkatkan
lagi kualiti hidup golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat
dan tidak akan membiarkan mereka tercicir dari jaringan keselamatan
sosial.
7. Menyediakan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik untuk Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana
• Kami akan mempermudahkan kelayakan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak untuk memiliki rumah mampu milik.
• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menetapkan sasaran untuk
membina 15,000 rumah di bawah projek PR1MA, Rumah Mampu Milik (RMM),
Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Skim Pembesaran Kampung
• Kami akan terus menyediakan lebih banyak lot kediaman di bawah Skim Pembesaran Kampung. Program Bantuan Rumah (PBR)
• Kami akan terus membaik pulih kediaman atau membina rumah baharu
untuk golongan miskin. 3,678 unit rumah akan dibina atau dibaik pulih
pada tahun 2016 di bawah PBR.
Kediaman PR1MA
• Rumah mampu milik yang berkualiti akan dibina di bawah projek
PR1MA. Golongan sasar projek ini adalah mereka yang berpendapatan
sederhana. Harga rumah yang ditawarkan adalah sehingga 20% lebih rendah
daripada harga pasaran.
8. Mempercepatkan Pembangunan Jaringan Jalan, Liputan Bekalan Air, Elektrik dan Telekomunikasi
• Projek infrastruktur terbesar di Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo
sejauh 1,089 km akan menghubungkan Telok Melano, Lundu di selatan dan
Merapok, Lawas di utara. • Kami juga akan membina lebih banyak jambatan
dan jalan raya feeder dalam tempoh lima tahun akan datang.
• Kami akan menambah baik jaringan jalan pesisir melalui pembinaan Jambatan Batang Sadong dan Jambatan Batang Lupar.
• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan: – membina 1,625 km jalan baharu;
– membekalkan 39,000 isi rumah baharu dengan bekalan elektrik 24 jam,
– bagi meningkatkan liputan kepada 98 peratus isi rumah di Sarawak;
– menyediakan bekalan air terawat kepada 79,000 isi rumah baharu,
untuk meningkatkan liputan kepada 96 peratus isi rumah di Sarawak; dan
– meningkatkan liputan jalur lebar kepada 95 peratus di Sarawak.
9. Meningkatkan Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan
• Kami komited dalam meningkatkan infrastruktur dan akses kepada
perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di bandar dan luar bandar.
• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan mempunyai nisbah 1 doktor bagi setiap 400 pesakit.
• Nisbah doktor kepada pesakit: – 2010 – 1 doktor bagi setiap 2,000
pesakit – 2015 – 1 doktor bagi setiap 980 pesakit
10. Meningkatkan
Penyertaan Wanita dalam Aktiviti Sosio-Ekonomi
• Kami komited meningkatkan peranan wanita dalam bidang industri dan perniagaan serta dalam pembangunan negara.
• Pada tahun 2015, lebih daripada 20 peratus jawatan pembuat
keputusan dipegang oleh wanita. Kami akan memastikan bahawa peratusan
ini akan meningkat di peringkat negeri dan persekutuan di masa hadapan.
• Kami akan memansuhkan semua undang-undang dan dasar-dasar yang mendiskriminasikan wanita.
11. Mengiktiraf dan Membangunkan Potensi Belia Demi Masa Depan Kita
• Kami mengiktiraf bahawa golongan belia adalah pemimpin-pemimpin masa hadapan.
• Belia di Sarawak akan diberi lebih banyak peluang dalam bidang: –
pendidikan; – perniagaan; – pekerjaan; dan – aktiviti sosial, dengan
melibatkan mereka dalam program-program pembangunan.
12. Memajukan Pendidikan dan Latihan Teknikal
• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan membina lebih banyak pusat kemahiran teknikal dan pusat pendidikan:
– Centre of Technical Excellence (CENTEXS);
– Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS);
– Institut Latihan Perindustrian (ILP); dan
– Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
• Dalam tempoh lima tahun akan datang kami akan membina:
– 16 sekolah rendah; dan – 6 sekolah menengah.
• Kami akan membaiki dan menaiktaraf 34 sekolah rendah dan menengah.
13. Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan untuk Rakyat Sarawak
• Kami mempunyai Pelan Pembangunan yang komprehensif untuk
mentransformasikan ekonomi Sarawak melalui pembangunan sektor pembuatan,
perkhidmatan dan pertanian.
• Menerusi SCORE sahaja, lebih satu juta pekerjaan baharu akan
diwujudkan menjelang tahun 2030 di mana lebih daripada 50% adalah
pekerjaan mahir dan separa mahir.
Program GETS
• Program Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS) selama tiga
tahun dari 2016 hingga 2018 akan melatih sehingga 5,000 pemegang diploma
dan ijazah yang menganggur untuk mempertingkatkan peluang mereka
mendapat pekerjaan.
14. Membangunkan Persekitaran Perniagaan yang Kondusif untuk Pelaburan dan Keusahawanan
• Kami komited dalam menyediakan persekitaran yang mesra perniagaan
bagi pelabur dan usahawan menerusi kestabilan politik dan ekonomi di
negeri ini.
• Menerusi program pengindustrian yang terancang, kami akan
menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta
mewujudkan ekosistem yang lebih baik untuk pembangunan usahawan.
15. Industrialisasikan Negeri Melalui Sektor Pembuatan, Pelancongan dan Transformasi Luar Bandar
• Kerajaan BN Sarawak telah meluluskan peruntukan pembangunan
sebanyak RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11, selain daripada
peruntukan Kerajaan Persekutuan.
• Daripada jumlah tersebut, kami memperuntukkan RM1.5 bilion bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
• Kami akan mempromosi dan menarik lebih banyak pelaburan dalam: –
aktiviti hiliran sektor pembuatan di SCORE; – mentransformasikan Bintulu
sebagai hab petrokimia di rantau ini; dan – industri berteknologi
tinggi di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya.
• Kami akan membangunkan infrastruktur pelancongan dan juga
menyediakan lebih banyak insentif untuk menyokong pertumbuhan sektor
pelancongan di negeri ini.
• Bagi membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kami akan
membina lebih banyak estet perindustrian termasuk di peringkat daerah.
• Bantuan kewangan dan bukan kewangan akan juga diberikan kepada PKS di Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment