Tuesday, April 26, 2016

Seksyen 165, Rumah Banglo Lim Guan Eng Dan Keuntungan RM59 Juta

EDITOR MENULIS...
26 APRIL 2016

Sidang Akhbar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebentar tadi mendedahkan satu komplot kewangan luar biasa kebijaksanaannya. Masih ingat skandal pengambilalihan aset Talam Corporation oleh Kerajaan Negeri Selangor? Ini jauh lebih hebat dan menguntungkan.

Cukuplah kita katakan kesimpulanya selain Lim Guan Eng mendapat Banglo murah, ada pihak membuat keuntungan atas angin sekitar RM 59 juta dalam transaksi tanah Taman Manggis (II) yang bertukar status dari Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan Hospital swasta dan kemudiannya kepada pembangunan bercampur.

Pecah Amanah 1
PUTRAJAYA, 5 April -- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional Datuk Seri Rahman Dahlan (kiri) bersama Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng menunjukkan salinan perjanjian jual beli pembelian tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang ketika mengadakan sidang media hari ini. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA ?
Segalanya bermula dengan penjualan banglo berharga sekitar RM 6.5 juta dengan harga RM 2.8 juta milik Cik Phang Li Koon kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Phang Ling Koon merupakan rakan kongsi dalam Winbond Management & Consultant SB. Seorang lagi rakan kongsi dalam syarikat ini ialah Tang Yong Chew.

Tang Yong Chew juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC).

Dalam masa urusan jual beli banglo tersebut, KLIDC telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memiliki tanah di Taman Manggis (II) bagi tujuan pembinaan Hospital komersial. Tanah ini sebelumnya telah diagzetkan oleh Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Dalam masa yang sama, salah seorang Pengurus Kanan syarikat milik Phang Ling Koon dari Winbond Management & Consultant SB, telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. 

Selain itu, Phang Li Koon turut mempunyai saham dalam syarikat Magnificient Enblem Sdn Bhd yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
MAGNIFICIENT-ENBLEM-PROJECT 
Menurut Naib Pengerusi Gerakan Tanjong, H’ng Khoon Leng, syarikat milik Phang mempunyai satu projek pembangunan melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) milik kerajaan negeri.

Berdasarkan bukti-bukti ini jika disandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan kes Pendakwaraya lawan Mohamad Khir Toyo, Peguam Negara tiada pilihan kecuali membuat pertuduhan di Mahkamah ke atas Lim Guan Eng di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Lim Guan Eng juga mungkin terpaksa berhadapan dengan keputusan yang tidak menyebelahinya sehingga ke Mahkamah Persekutuan kerana Mahkamah lebih rendah tidak boleh mengubah keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pecah Amanah (II)

Rahman Dahlan hari juga mendedahkan bahawa selain berlaku pertukaran status tanah selepas tender dari tanah untuk Hospital Swasta kepada pembangunan bercampur, berlaku juga transaksi pemilikan tanah secara sulit yang melibatkan keuntungan atas angin sebanyak RM 59 juta.

Selepas mendapat tanah Taman Manggis (II), KLIDC telah menandatangani satu perjanjian usahasama pembangunan dengan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC). VMC ditubuhkan dua bulan selepas KLIDC mendapat tanah tersebut. VMC dan KLIDC dimiliki oleh orang yang sama iaitu Datuk Tang Yong Chew dan isterinya.

“VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta,” katanya.

Pada November 2015, Datuk Tang Yong Chew dan isteri telah menjual kedua-dua syarikat kepada pihak ketiga dengan harga RM70,643,628.00.

Kedua-dua syarikat ini hanya mempunyai satu hartanah sahaja iaitu tanah Taman Manggis (II) yang menjadi kontroversi tersebut.

Dengan kata lain, jumlah penjualan kedua-dua syarikat ini hanyalah bergantung kepada nilai hartanah yang diperoleh oleh KLIDC dari kerajaan Pulau Pinang dengan harga RM11,552,208.00. Dalam masa 5 tahun tanpa membuat sebarang pembangunan atau apa-apa kerja tanah, Datuk Tan Yong Chew dan isteri telah mengaut keuntungan “atas angin” sebanyak RM 59 juta.

Apakah Lim Guan Eng begitu bodoh membenarkan perkara sedemikian berlaku atau beliau mendapat sesuatu? Ia mungkin sukar dibuktikan di Mahkamah, namun pastinya ada sesuatu yang berlaku di belakang tabir. Mustahil Lim Guan Eng begitu bodoh.

Apatah lagi tanah tersebut telah pun dianggap begitu murah ketika dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 pada harga RM232 kaki persegi berbanding harga pasaran ketika itu sekitar RM 700 sekaki.

“Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak RM70,643,628.00,” kata Rahman Dahlan sebentar tadi.

“Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.

“Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta,” katanya.

“Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis.

“Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi,”katanya.

Menurutnya, selepas pendedahannya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

“Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.

“Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.

“Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan.”

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment