Tuesday, April 26, 2016
Isu Derma RM2.6 Bilion Serlah Sifat Politik Pembangkang Yang Hidup Atas Fitnah
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap
percaya dalam isu derma RM2.6 billion pembangkang sebenarnya tidak
berhasrat sama sekali untuk mencari kebenaran sebaliknya mahu
memanipulasi perkara itu bagi tujuan agenda politik mereka khususnya
menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
Tegasnya apa jua isu yang dilemparkan pembangkang tidak akan selesai
kerana sifat pembangkang itu sendiri yang hidup atas politik fitnah dan
dakwaan membabi buta.
“Apa
jua penjelasan atau kebenaran sesuatu itu tidak akan terima.
Pembangkang amalkan taktik alih tiang gol. Sebab itu apabila Menteri
Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir memberi pengesahan derma RM2.6 bilion
sememangnya datang daripada negaranya pembangkang pula mengalih dakwaan
pula dengan mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak kini menjadi
pak turut kepada negara Arab Saudi.
“Sedangkan sebelum ini pembangkang bukan main lagi meminta penjelasan
dan bukti apakah benar wang tersebut derma dari negara Arab Saudi. Bila
telah dibuktikan mereka tidak terima sebalinya membangkit persoalan
atau dakwaan yang lain pula. Inilah gaya politik pembangkang yang hidup
atas politik putar belit,” katanya kepada media, di sini, hari
ini.
Beliau seterusnya menegaskan budaya dan permainan politik pembangkang
sememangnya begitu dan apa yang berlaku hari ini sejurus penjelasan
daripada Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ianya sesuatu yang
sudah dijangka.
“Kita yakin rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana bentuk
serangan dan bentuk manipulasi mereka setelah segala persoalan yang
dibangkitkan terjawab. Percayalah mereka bukannya mahukan jawapan tetapi
sekadar ingin menimbulkan persepsi.
“Persepsi itulah yang akan mereka main dalam ceramah dan akan terus
menerus melontarkan pelbagai perkara baru yang akan direkacipta kelak”,
ujarnya.
Minggu lalu Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ketika ditemui
pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada
Najib memang datang daripada Riyadh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment