Thursday, April 28, 2016

#PRNSarawak : Manifesto DAP, Rakyat Kena Tipu Di Siang Hari

EDITOR MENULIS...
28 APRIL 2016
manifesto_penipu
Baca manifesto DAP untuk pilihanraya Sarawak yang dilancarkan semalam, gayanya tu macam dia boleh jadi kerajaan. Nak bagi pengangkutan awam percuma dengan belanja RM 500 juta, nak tingkat peluang kerja, nak bagi tanah 20-30 ekar seorang untuk rakyat Sarawak dan sebagainya ni, hanya boleh dilakukan kalau DAP jadi kerajaan.

Tak tahulah kalau setakat jadi ADUN di 31 kerusi boleh bagi pengangkutan percuma untuk seluruh rakyat Sarawak, dia nak korek mana RM 500 juta tu, derma elaun dan gaji ke?  

Maksudnya, kena jadi kerajaan jugaklah, tapi boleh ke DAP jadi kerajaan dengan 31 kerusi (kalaulah menang semua sekali)?

Untuk jadi kerajaan di Sarawak kena ada 42 kerusi (simple majoriti) banding DAP bertanding 31 kerusi, jadi manifesto ni untuk apa sebenarnya bila nak jadi kerajaan pun tak boleh?

Nampak lain benar DAP ni.  Tak pro rakyat takpe tapi jangan tipu rakyat.

Menang pilihanraya, jadi wakil rakyat dan sebagainya ni antara lain tujuannya untuk tolong rakyat, bukan tipu rakyat. Tak boleh cakap tak boleh, boleh cakap  boleh.  Ini dah terang tak boleh pun nak kata macam boleh juga, sakit apa?

Cakap ni bukan untuk DAP sajalah, untuk PKR pun. PKR, disebalik hanya bertanding 40 kerusi (6 bertanding sama sendiri dengan DAP), berjanji nak hapus GST. Dia nak hapus macam mana kalau GST ni undang-undang di peringkat parlimen? Apa Selangor dan Pulau Pinang dah hapus GST ke, tak payah bayar GST kalau pergi dua negeri tu?  Jangan tipulah kawan.

Tak faham betullah, pilihanraya ni masanya untuk tunjuk mampu tolong rakyat tapi DAP dengan PKR lain pulak pesennya, masing-masing berlumba-lumba nak tipu rakyat.  Apa dah jadi? Anehnya tu ada pulak yang sokong walaupun penipuan tu jelas dan nyata..

Entah, tak faham.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment