Thursday, April 28, 2016
Kerosakan Kerajaan Dap Pulau Pinang Kini Umpama Bangkai Gajah Busuk
BUTTERWORTH : Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara
Hamid berkata, kritikan yang dilempar pemimpin Pakatan Harapan terhadap
kepimpinan buruk Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ibarat
bangkai gajah busuk yang tidak mampu selamanya disorokkan lagi.
Jelasnya, jika pada awal pemerintahan Dap di Pulau Pinang, segala
kesalahan diletakkan kepada Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah
terdahulu, kini Dap tidak boleh lagi menuding jari kepada pihak lain.
Ini
kerana tegas beliau pemimpin mereka sendiri yang sudah mula bersuara
yang ternyata sudah jelak dengan retorik Dap yang terlalu pentingkan
kuasa sehinggakan kepentingan rakyat terabai.
Jahara berkata demikian mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap
Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk
dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Apa sahaja usul yang dilihat berpotensi untuk mendedahkan kelemahan
pentadbiran Guan Eng maka ianya akan tolak. Sebenarnya perkara ini sudah
berlarutan lama. Dulu mereka salahkan BN tapi kini ADUN mereka sendiri
membidas.
“Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan Dap hanya penuh retorik dan
tidak demokratik. Mereka tidak mahu menerima sebarang kritikan dan
kerana itulah pentadbiran mereka semakin lemah,” ujarnya kepada
media.
Tambah beliau, pemimpin Pakatan Harapan kini tidak mampu lagi menjadi
lembu dicucuk hidung dan hanya melihat rakyat menjadi mangsa kepada Dap
yang tamak.
“Oleh itu rakyat harus membuka mata dan sedar bahawa hanya BN yang
mampu merubah dan mengotakan janji. Berilah peluang untuk BN kembali
memerintah BN dan bandingkanlah betapa kami jauh lebih baik daripada
Dap.
“Jika sudah orang mereka sendiri mula bersuara sehinggakan ada yang
menangis semasa meluahkan perasaan dalam sidang Dun, bayangkanlah betapa
teruknya pemerintahan Dap ini,” tegasnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment