Wednesday, April 27, 2016
Mahathir Raih Sokongan Cina Melalui DAP
Dr Mahathir Mohamad terpaksa meraih sokongan masyarakat Cina melalui DAP
selepas gagal mendapatkan sokongan di kalangan ahli dan pemimpin Umno,
kata setiausaha akhbar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mendakwa Umno menolak Mahathir
kerana mahu menjatuhkan Najib dan merancang supaya anaknya, Datuk
Mukhriz menjadi perdana menteri.
“Sebab inilah Mahathir kehilangan sokongan Umno.
“Jadi beliau terpaksa meninggalkan Umno dan mendapatkan sokongan kaum
Cina daripada pembangkang melalui (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang,
lelaki yang pernah beliau penjarakan sebelum ini,” katanya dalam satu
kenyataan.
Tengku Sariffuddin juga mengatakan Mahathir memalsukan dakwaan terhadap Najib yang katanya memberangkan ahli Umno.
“Merosakkan kepentingan negara hanya untuk manfaat anak anda, seperti
pembohongan Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang daripada 1MDB,
adalah langkah keterlaluan untuk Umno.
“Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan bahawa
serangan Mahathir terhadap perdana menteri menggunakan 1MDB adalah
seperti guruh tanpa kilat,” katanya.
Tengku Sariffuddin turut mengulangi kecamannya bahawa jika Mahathir
tidak berhasrat menjadikan anaknya sendiri sebagai perdana menteri,
beliau perlu menamakan calon untuk jawatan tertinggi itu.
“Bagaimana boleh seorang pemimpin yang mahu menetapkan dan menentukan
segala-galanya mengelak daripada menjawab satu soalan kritikal ini.
“Sehingga beliau berbuat demikian, Mahathir tidak boleh menyalahkan
rakyat untuk mempercayai bahawa usahanya yang gagal untuk menjatuhkan
perdana menteri adalah tentang merintis jalan untuk anaknya,” katanya.
Tengku Sarifuddin mendakwa bahawa Mahathir sejak bertahun-tahun cuba
untuk menaikkan anaknya tetapi mempersalahkan Najib apabila Mukhriz
tidak berjaya.
“Pertama, Mahathir memaksa anaknya bertanding naib presiden Umno tetapi
beliau tewas kerana kekurangan sokongan oleh ahli parti, dan bapanya
mempersalahkan perdana menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment