Tuesday, April 26, 2016

Pecah Tanah Untuk Masjid Baru Di N58 Jepak Oleh Pehin Taib Mahmud. #PRNSARAWAK

http://www.utusansarawakonline.com/upload/images/np1457114698.jpg
BINTULU : Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini melapangkan masa untuk melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Masjid Baru di daerah Tatau, Bintulu.

Masjid yang terletak di tanah keluasan 7 ribu ekar itu akan dibangunkan bersama kompleks serbaguna dan juga bangunan pejabat dianggarkan melibatkan kos RM 7 juta.

Daerah Tatau yang terletak didalam Dun N58 Jepak, bakal dibangunkan sejajar dengan impian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Seri Adenan Satem yang mahu semua daerah negeri ini mendapat pembangunan seimbang.

Melalui usaha keras pemimpin Barisan Nasional peringkat atasan dan juga setempat, pembangunan luar bandar seperti ini bukan lagi sekadar janji kosong.

Daerah Tatau menjadi bukti bahawa Barisan Nasional sangat komited didalam menjaga kepentingan seluruh rakyat Sarawak khususnya masyarakat luar bandar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment