Kita lihat semasa pertama kali skandal Guan Eng ini didedahkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN)... Guan Eng boleh mengajak pemimpin terbabit untuk minum kopi bersama bagi beliau menjelaskan mengenai skandal-skandal ini.
Kalian pelik tak?? Pemimpin BN mendedahkan skandal-skandal Guan Eng dan mahu Guan Eng menjelaskan perkara ini kepada orang ramai, tetapi Guan Eng memilih untuk menjelaskan 'face to face' dengan pemimpin BN tersebut.
Dah berjuta kali dah cakap, Guan Eng tak perlu nak menjelaskan perkara ini kepada pemimpin BN tersebut... Guan Eng perlu jelaskan kepada orang ramai, khususnya kepada rakyat Pulau Pinang.... Tapi Guan Eng boleh pula sekali lagi mengajak pemimpin BN itu untuk minum kopi bersama sekali lagi.
Bila pelawaannya ditolak, Guan Eng mula berdrama kononnya dirinya kecewa kerana pemimpin BN tersebut takut untuk bersemuka dengannya, dan beliau tidak boleh menjelaskan perkara ini kepada semua pihak.
Semakin Guan Eng berdrama untuk mengelak dari skandal ini, semakin banyak pula pendedahan dari sumber-sumber tertentu yang mengatakan Guan Eng sememangnya mempunyai hubung kait dengan pemilik banglo mewah di Jalan Pinhorn, Phang Li Khoon.
Bukti terbaru, sebuah dokumen berupa surat yang ditandatangani sendiri oleh Phang kepada anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Penang Development Corporation (PDC) itu jelas membuktikan Phang mempunyai hubung kait dengan kerajaan negeri, sekaligus menafikan akuan bersumpah yang dibuat Phang pada bulan lalu.
Walaupun bukti terbaru itu sudah seminggu disebarkan menerusi laman sosial, Guan Eng sekali lagi mengambil sikap 'membisukan diri' dengan tidak mengulas apa-apa mengenai dokumen tersebut!! Guan Eng lebih pentingkan perjuangannya untuk menghasut rakyat Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung 7 Mei ini.
Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang penuh integriti seharusnya membuka mulut menjelaskan mengenai dokumen ini yang sudah pasti menimbulkan kemarahan orang ramai, khususnya rakyat Pulau Pinang sendiri.
No comments:
Post a Comment