Tuesday, April 26, 2016

#PRNSarawak : Calon 'Macai' DAP Di N17 Stakan 'Goyang' Bertemu Adik Bekas Ketua Menteri

http://4.bp.blogspot.com/-BgMDwDSSW-c/VPlq03McjdI/AAAAAAAAwI4/Urkft5CKkEQ/s1600/aziz%2Bisa%2Bdap%2Bpukimak%2Bkuching%2Bsarawak.jpg
DAP yang kononnya merupakan sebuah  parti demokrasi adalah sebuah parti cina kiasu yang anti Melayu, walaupun pucuk pimpinan parti itu sering menafikan parti itu anti Melayu.... Namun sudah terbukti parti itu anti Melayu apabila pemimpin-pemimpin parti itu telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Melayu. 

Selain itu, sekiranya DAP menafikan bahawa parti itu bebas untuk semua kaum dan bukan hanya tertumpu pada kaum anti Melayu, adakah DAP mampu membuktikan bahawa pucuk pimpinan tertinggi itu diduduki oleh orang Melayu?? Jawapannya sudah pasti tidak mampu, kerana tiada pun orang Melayu yang memegang jawatan tertinggi dalam parti tersebut.

DAP hanya membenarkan orang Melayu untuk menyertai parti itu apabila DAP terdesak untuk mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu untuk membolehkan parti cina kiasu itu memerintah negara.

Selepas gagal menarik undi orang Melayu, parti cina kiasu itu telah melonggarkan syarat dengan membenarkan orang Melayu menyertai parti.... Namun itu semua belum cukup untuk membuatkan DAP memerintah negara.

Oleh disebabkan DAP gagal menarik sokongan orang Melayu, DAP cuba menggunakan pendekatan terbaru dengan meletakkan orang Melayu sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dalam PRN Sarawak yang sedang berlangsung dan hari pengundian dijadualkan pada 7 Mei ini, DAP telah meletakkan calon 'Melayu' di Dun N17, Stakan, Abdul Aziz Isa bagi menentang calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Mohd Ali Mahmud.

Aziz yang bakal bertembung dengan adik kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, dikhabarkan 'goyang' dengan umur dan populariti pemimpin tersebut, apabila Aziz merayu kepada rakyat Sarawak supaya beliau diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.

"Tiada guna untuk terus mempertahankan ego. Pengundi Stakan memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu untuk berkhidmat, muda, rendah diri, bertenaga dan berwawasan. Berilah peluang kepada anak muda seperti saya untuk menjadi wakil kepada rakyat di N17 Stakan," kata Aziz.

Ali Mahmud, merupakan adik kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud yang kini memegang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak.... Selain itu, Aziz sebelum ini dijangka bertanding di Dun N13 Batu Kitang dan terpaksa bertukar kawasan dengan PKR atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun DAP menggunakan strategi dengan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya, ia tidak mengubah hakikat bahawa DAP adalah sebuah parti berasaskan kaum Cina dan kaum yang anti-Melayu.

N17 Stakan memiliki 14,867 pengundi berdaftar dengan 7059 pengundi pos yang membentuk 47.48 peratus.Ia dilihat merupakan kawasan yang memiliki pengundi pos tertinggi di Malaysia.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment