Rasanya Guan Eng tak faham dengan arahan yang di keluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu debat tersebut dibatalkan kerana akan mengganggu siasatan yang dilakukan.
Tahu laa pemimpin-pemimpin DAP ni 'teruja' sangat kalau bab-bab berdebat ni... Tapi, perlu laa faham dan akur dengan arahan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa... Lagipun arahan tersebut bukan saja-saja dikeluarkan.
Kalau Guan Eng tak boleh menerima keputusan tersebut dan merasakan diri tu difitnah oleh Rahman Dahlan... Apa kata Guan Eng saja buat saja saman fitnah terhadap Rahman Dahlan yang mempunyai dokumen berkaitan urusan tanah Taman Manggis.
Rahman Dahlan sendiri meminta Guan Eng untuk memfailkan saman fitnah ke atas dirinya...,
Sekiranya Guan Eng merasakan dakwaan dan pendedahan yang dibuat Rahman Dahlan adalah satu tuduhan memfitnah dan pembohongan.
"Jika anda fikir apa yang saya dedahkan mengenai anda (Guan Eng) adalah pembohongan, saman sahaja saya kerana fitnah. Saya amat berbesar hati berjumpa anda di mahkamah!" kata Rahman
Dahlan menerusi Twitternya.
No comments:
Post a Comment