Tuesday, April 26, 2016

DAP Yang Patut Diubah, Bukan Sarawak – Zein Isma

SUBANG : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma berkata, slogan Ubah Sarawak yang dilaungkan Dap itu sepatutnya ditukar kepada slogan Ubah Dap memandangkan kepimpinan Dap hari ini terpalit dengan isu-isu rasuah, ketidaktelusan dalam pentadbiran kerajaan dan parti, dan beberapa isu yang masih lagi tidak terjawab sehingga ke hari ini.

Menurut beliau, isu demi isu yang terpalit kepada parti tersebut memperlihatkan bahawa yang perlu diubah adalah Dap dan bukannya pihak lain.

“Dap mahu Ubah Sarawak sedangkan mereka tidak sedar bahawa merekalah yang patut diubah. Rakyat tidak lupa dengan pelbagai dakwaan yang tidak dijawab oleh kepimpinan Dap seperti isu pendedahan Naib Presiden Dap, Tunku Aziz Ibrahim yang mendakwa kepimpinan Dap cuba menyogoknya agar tutup mulut dan tidak keluar parti.
zein isma 
“Begitu juga dalam soal ketelusan pentadbiran parti mereka apabila isu pemilihan CEC masih lagi tidak selesai di mana seramai lebih 700 ahli Dap membuat laporan kepada ROS kerana dinafikan hak mereka untuk mengundi.

“Hingga kini kita masih sangsi apakah jawatan yang dipegang oleh jawatankuasa pusat itu sah atau tidak? Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Dap dan ROS berhubung isu ini.

“Itu belum lagi soal pendedahan pegawai khas Guan Eng, Razali Abdul Rahman yang mendedahkan 15 perkara agenda sulit Dap di negara ini termasuklah dakwaan menerima dana pilihanraya sebanyak RM 1.2 bilion dari Israel. Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan dari pihak Dap untuk menafikan perkara ini.

“Banyak lagi isu kalau kita nak cerita satu-persatu tetapi kesimpulannya di sini ialah Dap sendiri perlu diubah sebelum mereka nak ubah pihak lain,”tegasnya kepada media di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang seterusnya melontarkan keyakinan dan harapan yang tinggi bahawa rakyat di Sarawak akan terus memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional, memandangkan reputasi BN dalam membangunkan negeri itu telah terbukti di mata rakyat.

“Dengan kesungguhan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah lebih 50 kali berkunjung ke Sarawak untuk menyelami permasalahan rakyat di sana, di situ sudah terbukti di mata rakyat Sarawak bahawa PM benar-benar komited untuk terus membangunkan negeri tersebut.

“Demikian juga dengan sikap kepimpinan BN khususnya Ketua Menterinya, Adnan Satem yang begitu popular di kalangan rakyat bukan hanya kerana agenda pembangunan yang dilakukan olehnya di Sarawak, tetapi sikapnya yang low profile serta tegas juga merupakan antara faktor beliau dihormati oleh rakyat di negeri itu.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat di Sarawak tidak akan terpengaruh dengan provokasi dan muslihat kempen pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong.

“Pentadbiran Dap di Pulau Pinang sudah cukup untuk menjadi contoh buat mereka. InsyaAllah rakyat akan terus menyokong BN kerana kita tidak retorik dalam kata-kata tidak seperti pihak pembangkang yang lebih politiking daripada membantu rakyat,”ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment