Tuesday, April 26, 2016
Calon Langsung BN Adalah Formula Unik – Zahid
PAKAN : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi menyifatkan formula meletakkan calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) adalah unik demi kepentingan rakyat negeri ini.
Beliau berkata formula Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem itu
telah mewujudkan sikap toleransi dan semangat setiakawan dalam kalangan
parti komponen dan ia harus difahami rakyat untuk kepentingan mereka.
Sejumlah 13 calon langsung ini telah menunjukkan semangat sayangkan
BN dan sanggup meletak jawatan dalam parti mesra BN kerana yakin BN
boleh memberi khidmat terbaik kepada pengundi dan rakyat Sarawak,
katanya.
“Calon-calon langsung yang mendapat restu ini harus dimenangkan
kerana mereka mendapat sokongan terbaik,” katanya ketika berucap pada
majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang George di Nanga Nansang
dekat sini, hari ini.
Hadir sama calon langsung BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, yang merupakan penyandang kerusi itu.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukkan sebanyak
RM200,000 bagi pembinaan gelanggang futsal untuk kegunaan golongan muda
di beberapa rumah panjang di kawasan Nanga Nansang.
“Gelanggang futsal ini adalah untuk kegunaan semua anak muda di
Rumah Panjang George, Nyah, Chabu, Empati, Wing dan Rumah Panjang
Jampung di kawasan ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment