Thursday, April 28, 2016
Wan Azizah Tidak Muncul Di Sidang Akhbar PKR Pasal PRN Sarawak… Nurul Mengelak Soalan
Pemimpin PKR pusat terus kunci mulut enggan memberikan jawapan jelas
mengenai isu konflik pertembungan kerusi parti itu dengan DAP dan PAS
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -11 yang sedang rancak kempen
sekarang.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya soalan mengenai
kontroversi membabitkan parti itu dengan DAP dan PAS sebaliknya meminta
semua pihak fokus kepada PRN Sarawak dan sekadar memberikan jawapan
selamat apabila diasak.
“Saya rasa dah cukup dah tak nak komen berkait dengan isu pencalonan,
yang penting hari ini kita tumpu kepada kempen yang sedang berlangsung.
“Kalau itulah soalan yang ditanya, ia adalah perkara yang sama, kecuali
ada soalan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat
Petaling Jaya, Khamis.
Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr
Wan Azizah Ismail.Namun beliau tidak muncul.Jemputan dihantar pada media
menyebut beliau yang akan adakan sidang akhbar itu.
Terdahulu, DAP Sarawak menyatakan kekecewaan selepas rakannya di dalam
Pakatan Harapan (PH) itu menolak tawaran untuk melepaskan Batu Kitang
sekiranya PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain dimana mereka
bertembung.
Hal itu juga disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang
menyifatkan partinya seperti ‘ditipu’ oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang
akan ditandingi itu.
Sebaliknya tegas Izzah, segala permasalahan yang berlaku itu akan diselesaikan selepas 7 Mei ini.
“Kempen sekarang sedang berjalan dengan ‘full swing’ jadi suka atau
tidak, kita akan selesaikan isu lain selepas 7 Mei,” tambahnya.
Izzah turut menjelaskan yang PKR akan terus maju ke depan dan berkempen
seperti biasa, meskipun kedua-dua parti berkenaan tidak mahu
bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang
dan Mambong.
Izzah juga enggan menjawab apabila dua kali ditanya mengapa PKR mungkir
janji dengan bertindak meletakkan calon di tempat yang ditandingi PAS.
Sekali gus, perjanjian PKR dan PAS sebelum ini untuk tidak meletakkan
calon di mana-mana kawasan yang ditandingi salah satu parti pada PRN
Sarawak ke-11 dilihat sekadar permainan politik PH menjahanamkan PAS.
Ini kerana PKR tetap meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.
Izzah sebaliknya bertindak terus meninggalkan sidang media tersebut tanpa menjawab soalan itu.
Begitu juga soalan tentang siapa pemimpin yang memutuskan calon untuk
bertanding di Sarawak kerana didakwa tugas tersebut diberi kepada
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pelbagai persoalan yang tidak dijawab Izzah, jelas menunjukkan bahawa
wujud persaingan kuasa dalam PKR dengan Wan Azizah tiada fungi dan
peranan sebagai Presiden PKR dan Ketua Pembangkang dalam PRN kali ini.
Hadir pada sidang media ini termasuklah Setiausaha Agung Rafizi Ramli,
Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan ramai lagi.
Ketidakhadiran Wan Azizah pada sidang media ini juga tidak dinyatakan sebab dan alasan.
Ada yang membuat andaian PKR sedang cuba menafikan peranan DAP sebagai
abang long dalam PH manakala hubungan dengan PAS sekadar bertujuan
menjamin kuasa parti itu terus menerajui Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment