Tuesday, April 26, 2016
Polis Buang Masa Siasat Saya - Azmin Ali... Kenapa Pulak Mahkamah Menjatuhkan ANWAR Bersalah... Habis Naik Billboard Untuk Apa?
PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari
ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan
#BebasAnwar yang dinaikkan di pelbagai lokasi di negeri itu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, polis hanya membuang masa
dengan melakukan siasatan itu kerana berpendirian tindakan menaikkan
papan iklan itu tidak salah.
“Saya merasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan polis untuk
tergesa-gesa, menjalankan siasatan terhadap saya atas satu pertuduhan
yang tidak berasas sama sekali.
“Mereka gunakan Akta Hasutan untuk menekan saya dan pimpinan parti
pembangkang di atas suatu perkara yang tidak boleh dikenalpasti apakah
kesalahan sebenarnya,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis
Petaling Jaya di sini.
Azmin juga mendakwa terdapat pihak luar yang meminta beliau disiasat berhubung papan iklan bebas Anwar itu.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh polis sendiri kepadanya ketika
diambil keterangan di sini. Bagaimanapun, menurut Azmin, polis tidak
mendedahkan siapa pihak terbabit itu.
“Setelah diminta oleh peguam untuk memberikan penjelasan sebelum
siasatan dilakukan, akhirnya mereka mengakui ada arahan yang diterima
untuk siasatan yang dilakukan semata-mata kerana ada istilah tahanan
politik pada papan iklan tersebut.
“Ini satu pembaziran wang rakyat dan masa. Sepatutnya pihak polis
menumpukan sepenuh tenaga dan kepakaran menangani masalah jenayah,”
katanya lagi.
Peguam Azmin, Latheefa Koya sebelum ini berkata, Azmin akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Bulan lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata,
beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa
tempatan di Selangor kerana memberi kelulusan untuk papan iklan itu.
Jamal mendakwa papan iklan itu “mengelirukan” kerana mengisytiharkan
Anwar Ibrahim sebagai “tahanan politik”, sedangkan bekas pemimpin
pembangkang itu telah disabitkan bersalah kerana melakukan jenayah.
Agensi berita Bernama bulan lalu turut melaporkan, kerajaan Selangor
menunggu surat rasmi daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar sebelum mengambil tindakan lanjut untuk menurunkan papan iklan
itu.
Azmin merujuk status Khalid di Twitter yang menggesa pihak berkuasa
tempatan di Selangor menurunkan papan iklan itu, kerana ia boleh
dianggap tindakan menghasut.
Menurut Azmin, mereka tidak boleh bertindak berdasarkan kenyataan yang dibuat di Twitter.
Buat masa ini, papan iklan #BebasAnwar terdapat di 20 lokasi di Selangor, termasuk Subang dan Rawang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment