Tuesday, April 26, 2016
Sampai Bila Pembangkang Cuba Mahu Memperbodohkan Rakyat Sarawak?
EDITOR MENULIS...
26 APRIL 2016
Hari pertama kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak
2016, majoritinya dihiasi dengan kempen penuh kebencian yang ditujukan
khas untuk semua calon Barisan Nasional di semua DUN yang ditandingi
oleh mereka.
Majoritinya mendakwa, Barisan Nasional adalah sebuah parti yang harus
ditolak oleh rakyat negeri Sarawak atas beberapa faktor yang jelas
tidak masuk akal.
Kebanyakan kempen pembangkang dan calon bebas disini mendakwa,
Barisan Nasional adalah sebuah parti dari Semenanjung yang pastinya akan
membawa idealogi Semenanjung kedalam negeri Sarawak.
Paling melucukan, mereka juga secara berterusan mengaitkan isu derma
RM 2.6 bilion, isu 1MDB dan beberapa isu yang begitu hangat diperkatakan
di Semenanjung.
Memperkatakan
tentang Barisan Nasional adalah sebuah parti dari Semenanjung, adakah
semua pihak pembangkang sedar bahawa mereka sebenarnya telah menipu
pengundi di kawasan mereka?
Barisan Nasional adalah sebuah parti gabungan yang mana terdapat 13
parti gabungan yang telah membentuk satu pakatan yang diberi nama
Barisan Nasional.
Gabungan pasti ini termasuklah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),
Parti Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan
Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).
Kesemua parti ini ditubuh dan diasaskan di Sarawak dan kesemua parti
ini memilih untuk bergabung dengan 9 parti lain dari Semenanjung untuk
membentuk Barisan Nasional.
Bagaimana pula dengan semua gabungan pembangkang yang ada di Sarawak seperti DAP, PKR, PAN dan PAS?
Adakah mereka merupakan parti yang ditubuhkan di Sarawak? Sudah
semestinya tidak kerana semua parti ini ditubuh dan diasaskan di
Semenanjung Malaysia yang langsung tiada kena mengena dengan rakyat
Sarawak.
DAP ditubuhkan dan diasaskan di Setapak, Kuala Lumpur pada 18 Mac
1966, PKR pula ditubuh dan diasaskan di Kuala Lumpur pada 4 April 1999,
PAS pula ditubuhkan hasil daripada serpihan UMNO di Kuala Lumpur dan PAN
pula diasaskan pada tahun lalu, juga di Kuala Lumpur.
Semua parti ini diasaskan di Semenanjung yang langsung tiada kena mengena dengan negeri Sarawak.
Persoalannya, kenapa rakyat Sarawak begitu mudah menerima dakyah
kononnya BN adalah sebuah parti dari Semenanjung sedangkan keempat-empat
parti politik pembangkang yang ada di Sarawak jelas ditubuhkan di
Semenanjung?
Inilah dakyah yang sedang ditaburkan oleh pembangkang bagi
membangkitkan semangat menolak penubuhan parti dari Semenanjung di
Sarawak.
Rata-rata rakyat di negeri ini jelas dan nyata menolak kemasukan UMNO
kenegeri Sarawak atas alasan, UMNO merupakan parti yang rasis dan
ditubuhkan di Semenanjung. Bagaimana pula dengan DAP, PKR, PAN dan PAS?
Adakah kesemua parti ini ditubuhkan di Sarawak semasa diawal
penubuhannya? Jawapannya, sudah pasti tidak dan kesemua parti ini jelas
“diimport” dari Semenanjung.
Jadi usah mudah ditipu dengan dakyah yang disebarkan oleh semua
pembangkang di Sarawak yang jelas cuba menyemai kebencian terhadap
gabungan parti yang ada didalam Barisan Nasional di Sarawak dan
sekaligus mengaut keuntungan dari dakyah penuh kebencian sebegini.
Sejak dari penyertaan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia, PBB jelas
sudah menjadi parti pemerintah dan penggabungan PBB, SPDP, SUPP dan
TERAS ke dalam Barisan Nasional dahulu, nyata telah mampu mengukuhkan
kesemua parti ini dan hasilnya, dapat dilihat sehingga ke hari ini
dengan pembangunan dan kemakmuran berterusan dapat dinikmati oleh semua
2.8 juta rakyat Sarawak.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment