Thursday, April 28, 2016
Pakatan Pembangkang Di Sarawak Sangat Rapuh – NGO Pro BN
KOTA KINABALU : Pertembungan DAP dan PKR di
enam kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini jelas
menunjukkan kesepakatan parti pembangkang di negeri itu sangat rapuh, kata Presiden Pakatan Ngo Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar.
Beliau berkata DAP dan PKR juga didapati saling ‘menyerang’ antara satu sama lain dalam ceramah masing-masing ketika berkempen.
“Bagaimana mungkin mereka mahu membentuk sebuah kerajaan sedangkan
perkara persefahaman sebagai asas gabungan sesuatu parti tidak diamalkan
dengan sebaiknya oleh mereka.
“Rakyat sepatutnya sedar bahawa persefahaman antara DAP, PKR dan
Parti Amanah Negara (Amanah) hanyalah retorik. Mereka sebenarnya cuma
mahu mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain, kerapuhan parti pembangkang juga jelas di negeri
yang mereka tadbir sekarang seperti Pulau Pinang dan Selangor apabila
pakatan DAP, PKR dan PAS dibubarkan seterusnya membentuk pakatan baharu
dinamakan pakatan harapan yang tidak disertai PAS.
Berbanding BN, katanya, walaupun BN bukanlah parti gabungan
yang sempurna namun ia telah bertahan hampir 60 tahun dalam membangunkan
Malaysia dan persefahaman antara semua anggota parti komponen itu
adalah antara terbaik di dunia.
“Atas sebab inilah rakyat seharusnya terus menyokong BN. Jika
mahu membandingkan BN dengan Pakatan Harapan ketika ini maka BN sudah
tentu sebuah gabungan parti yang jauh lebih sempurna dan terbaik untuk
rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment