Tuesday, April 26, 2016
Jangan Beri Ultra Kiasu Peluang Di Sarawak, Kata Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR : Walaupun dilarang memasuki Sarawak, Dr Mohd Ridhuan Tee
Abdullah mengharapkan rakyat negeri itu bijak untuk menolak “ultra
kiasu” dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 negeri itu nanti. Memetik
tulisannya di media, pada Isnin, penceramah dan pensyarah itu
berkata, beliau turut mengharapkan kemenangan bekas mufti Perlis, Datuk
Dr Juanda Jaya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Jemoreng mewakili Barisan Nasional (BN).
"Walaupun saya dihalang ke Sarawak, saya tetap menyeru pengundi Sarawak
menolak parti perkauman ultra kiasu dalam PRN ke-11 negeri itu.
"Saya harap rakan saya, Dr Juanda Jaya akan menang di kawasan yang
ditandingi, begitu juga calon lain. PAS dikatakan mustahil untuk
mendapat anak sulung, namun dalam politik tidak ada yang mustahil,”
katanya, memetik tulisan tersebut.
Ridhuan berkata, tanpa memetik nama parti itu secara spesifik, parti
ultra kiasu hanya boleh dimenangkan di kawasan majoriti Cina, dan
disebabkan itu, mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti
bukan Cina.
"Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka.
"Tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kerana turut
menghalang pemimpin ultra kiasu untuk berkempen di sana. Tidak
mengapalah saya tidak dibenarkan ke Sarawak. Banyak tempat lain yang
boleh saya pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dae.
"Amat malang sekali, apabila ada pemimpin membuat sesuatu keputusan
tanpa mendengar dan mengenal hati budi seseorang. Panggillah berhadapan.
Tidak mengapalah, masa ini masa dia. Mungkin akan tiba masa saya,”
katanya.
Ridhuan berkata, beliau tetap menerima keputusan kerajaan negeri itu
sedangkan beliau sering kali mengangkat contoh 1Malaysia yang diamalkan
penduduk di Sabah dan Sarawak adalah yang terbaik ketika memberi
kuliahnya.
"Jika mahu melihat 1Malaysia, pergilah ke Sabah Sarawak. Begitu banyak
etnik, tetapi dapat hidup aman harmoni serta saling menghormati. Bukan
seperti Semenanjung, hanya ada tiga kumpulan etnik, perang mulut tidak
pernah habis,” katanya.
Beliau turut merasakan pasukan yang dipimpin Adenan dalam PRN kali ini
akan menang besar, namun memberi amaran agar parti ultra kiasu tidak
menambah kerusi mereka.
“Semua pihak meramalkan pasukan Adenan Satem akan menang besar dalam PRN
ke-11. Selaku pengkaji politik, saya pun berpandangan sedemikian.
"Cuma bagaimanakah cara untuk memastikan ultra kiasu tidak menang atau
menambah kerusi. Tetapi jangan terlalu yakin dan angkuh, kerana politik
adalah sesuatu yang serba mungkin. Menang boleh jadi kalah, kalah boleh
jadi menang.” katanya.
Pengundi Sarawak juga katanya mesti sedar bahawa ultra kiasu adalah
parti perkauman dan akan sampai bila pun akan terus bersikap perkauman,
walaupun mereka mencanangkan diversiti.
"Tindak-tanduk mereka tidak menampakkan sedemikian. Pengiktirafan UEC
dan bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada
mereka. Tetapi biasanya, mereka tidak pernah berasa cukup.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment