Thursday, April 28, 2016

Tikam Sesama Sendiri Langgar Prinsip Utama Dalam Pakatan Politik

KUALA LUMPUR : Penganalisa politik, Prof Dr. Jeniri Amir berkata pertelagahan dan pertindihan yang berlaku di kalangan parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mencerminkan ketidakupayaan mereka untuk berkompromi yang sekaligus memberi imej buruk kepada rakyat negeri itu khususnya pengundi.

Jelasnya perkara itu memperlihatkan mereka melanggar satu prinsip utama dalam mana-mana pakatan politik apabila parti komponen pakatan tidak dapat bertolak ansur untuk memutuskan satu dasar ketentuan yang penting berkaitan dengan penggagihan kerusi.
Pakatan VS BN PRN Sarawak 
“Jadi dengan pertindihan kerusi yang ada dan juga pertembungan sesama sendiri ini memberi imej buruk kepada kedua dua parti ini kepada bukan sahaja para pengundi malah penyokong mereka sendiri. Dan keseluruhan 1.13 juta pengundi di Sarawak”, katanya kepada media di sini.

Beliau yang juga Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak seterusnya berkata, bagi rakyat Sarawak, mereka sendiri dapat memikirkan bagaimana mereka dapat bergantung harap kepada parti yang tidak berupaya untuk meleraikan kekusutan sesama mereka.

“Jadi tidak mungkin mereka (pengundi) dapat mengharapkan parti sedemikian untuk memimpin negeri atau kawasan dan ini akan memeberi kesan buruk dan saya fikir secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada calon Barisan Nasional untuk mengukir kejayaan di kerusi yang terbabit”, ujarnya.

Isu pertembungan antara PKR dan Dap di lima kawasan baru-baru ini telah menyebabkan kepimpinan Dap menuduh PKR telah mengkhianati parti tersebut dengan meletakkan calon untuk bertanding di lima kawasan iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekecewaan dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak dan merasakan bahawa Dap telah ditipu oleh PKR berhubung pengagihan kerusi di lima kawasan tersebut.

Manakala PKR pula melalui kenyataan Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin sebaliknya menyalahkan Dap yang tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung pertindihan kerusi di lima kawasan tersebut sehingga ke saat akhir penamaan calon.

Dr Jeneri seterusnya berkata rakyat Sarawak tentunya meneliti kegagalan Dap dan PKR yang bergabung sebagai Pakatan Harapan namun bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri lain yang jelas bukan kerana mahu berkhidmat kepada rakyat sebaliknya hanya kerana rakus mahu berkuasa.

Katanya lagi, beliau yakin BN mempunyai potensi yang cerah untuk memenangi di kerusi yang Dap dan PKR bertelagah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment