Thursday, April 28, 2016

GERAKAN Pulau Pinang Bocor Rahsia Besar Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/11/teh-yee-cheu_penang_3001.jpg
Parti Gerakan Pulau Pinang menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal.

Seperti yang diketahui, sebaik 'tembelang' Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didedahkan, Teh Yee mula mencadangkan tempoh jawatan Ketua Menteri dihadkan selama dua penggal demi membersihkan nama parti DAP.

Walaupun cadangan Teh Yee berniat untuk membersihkan nama DAP yang kotor ekoran penyelewengan Guan Eng, Teh Yee telah diberi amaran keras oleh DAP supaya 'mengunci mulut' dan menarik semula cadangan tersebut.

Teh Yee yang telah menerima amaran keras, bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk terus membawa cadangannya itu ke dalam Dewan Undangan Negeri walaupun dikhabarkan mendapat ugutan dari pihak-pihak tertentu yang diyakini pihak pro Guan Eng.

Semalam, Teh Yee memaklumkan cadangannya menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai, meskipun ada pihak yang mengugutnya.

Menurut Teh Yee, beliau terasa terharu apabila cadangannya itu mendapat sokongan daripada rakan politik dan orang ramai, dan cadangan itu jelas menunjukkan bersifat kepentingan awam.

Menurut Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, beliau menyokong cadangan Adun DAP Tanjung Bungah itu kerana ia merupakan satu cadangan yang sangat baik dan wakil Gerakan akan menyokong penuh sekiranya usul itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Dalam masa sama, Tong Keong turut mendedahkan bahawa cadangan yang dibawa Teh Yee itu memang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan sekiranya DAP tidak melaksanakan, ia jelas satu penipuan yang dijanjikan oleh DAP dalam manifesto PRU yang lepas.

"Kalau tidak buat had dua penggal, ketua menteri tak penuhi manifesto, ini bukan kami kata, tapi ada direkod dalam ceramah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Padang Kota Lama dulu," kata Tong Keong. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment