Tuesday, April 26, 2016
Ceramah Guan Eng Hambar Di Dun Senadin, Miri Sarawak #PRNSarawak
MIRI : Ceramah Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng sempena
Ulangtahun DAP ke 33 di Dun Senadin awal malam semalam berlangsung
hambar apabila hanya 300 orang sahaja yang hadir berbanding anggaran
awal seramai 5000 penyokong.
Ceramah tersebut yang sepatutnya bermula pukul 7:30 malam itu juga
terpaksa dilewatkan ke pukul 9 malam kerana kehadiran penyokong DAP yang
sangat mengecewakan.
Guan Eng didalam ceramahnya mendabik dada bahawa beliau telah memajukan
P.Pinang dan berjanji akan turut menjadikan Miri seperti negeri
berkenaan jika pengundi disini memilih wakil DAP pada Pilihanraya Negeri
kali ini.
Selain itu, Guan Eng juga berjanji akan membawa pembangunan yang pesat
di Miri khususnya Dun Senadin jika calon DAP diberikan mandat untuk
menjadi wakil rakyat biar pun rakyat tahu Guan Eng gemar berbohong.
Ketua Menteri P.Pinang itu kini sedang berhadapan dengan siasatan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didalam kes Skandal banglo
dan juga penyelewengan tanah di Taman Manggis.
Jika didapati bersalah, Guan Eng bakal dikenakan hukuman penjara serta kehilangan jawatannya sebagai Ketua Menteri P.Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment