Wednesday, April 27, 2016
Gaduh Di Sarawak Merebak Ke Pulau Pinang... Pejabat Guan Eng Belasah ADUN PKR
Tiada manis dalam madunya. Tiada hangat di dalam dakapnya... Biarku
memujuk biarku merayu, telah ku tabur kasih dan cinta, telah ku
sembahkan semua kelam... Masih hambar... Mungkin bait-bait lirik lagu popular Berpisah Jua nyanyian Ziana Zain
itu dapat menggambarkan pergolakan antara PKR dan DAP yang berkongsi
kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.
Sejak 2008, apa yang DAP mahu diturut oleh PKR... macam orang baru
bercinta, berkorban jiwa raga kini selepas lapan tahun mula, ahli-ahli
PKR mula pertikai, mengapa parti itu sahaja yang kena ikut kehendak DAP
dan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara, 'tembak-menembak' secara
terbuka sudah tidak dapat dielak.
Kisah di Sarawak tidak habis di Sarawak, berjangkit pula di Pulau Pinang
selepas ADUN PKR Penanti Dr Norlela Ariffin yang mendakwa kerajaan
negeri tidak efisyen dalam menyelesaikan masalah kawasan beliau.
Ini bukan kali pertana Dr Norlela membuat kenyataan terbuka... kalau
ingat lagi, pada November 2015 beliau pernah menangis dalam sidang DUN
merayu peruntukkan untuk kawasannya yang terletak di Seberang Perai
Utara.
Kenyataan terbuka beliau tidak disenangi DAP... Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang pada meluahkan rasa kesal dengan tindakan Dr Norlela itu.
Dalam satu kenyataan, pegawai khas kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,
Abd Wahab Long berkata untuk Agenda Ekonomi Saksama (AES) Dr Norlela
tidak pernah merujuk kes-kes keluarga miskin kepadanya dan hanya cari
publisiti di suratkhabar dengan dakwaan yang tidak berasas.
"Untuk makluman, DUN Penanti hanya mempunyai seramai 48 penerima AES."
"Sepatutnya, ADUN Penanti itu harus menjalankan tanggungjawabnya
membantu kerajaan negeri mendaftarkan lebih ramai keluarga miskin untuk
menyertai program AES," katanya.
Malah, Dr Norlela, telah pun diberi penerangan terperinci tentang
matlamat AES, cara-cara permohonan serta kriteria kelayakan bagi semua
bantuan, terutama bantuan AES.
Program Agenda Ekonomi Saksama(AES) merupakan satu inisiatif murni
kerajaan negeri Pulau Pinang yang diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan, khususnya keluarga miskin tegar.
AES menjaminkan setiap keluarga di Pulau Pinang memperolehi wang pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.
"Saya sebagai Pegawai Penyelaras AES Pulau Pinang merasa kesal dengan
tindakan YB Dr Norlela yang telah pun mempunyai nombor talipon peribadi
saya tidak memaklumkan kepada saya mengenai kes-kes kemiskinan yang
beliau maksudkan dalam suratkhabar," kata Wahab.
"Saya kurang faham mengapa kes-kes keluarga miskin ini tidak diajukan
kepada saya serta jentera kerajaan yang lain untuk mengembelengkan usaha
dan tenaga untuk memberi bantuan," tambahnya.
"Kenapa harus mengeluarkan kenyataan melalui media arus perdana milikan
BN yang sengaja mencari pasal dan memburukkan kerajaan negeri yang
sedang berusaha sebaik mungkin bagi menghapuskan dan mengurus kemiskinan
di Pulau Pinang?" soal beliau lagi.
Untuk rekod, memetik laporan akhbar News Straits Times (NST) Norlela
bersama seorang lagi Adun Pakatan Harapan (Lydia Ong Kok Fooi-DAP)
mendakwa mereka tidak dapat membantu rakyat di kawasan masing-masing
melalui kerajaan negeri dan majlis tempatan.
Tambah Norlela, usul yang cuba dibawah oleh beliau ke Dewan Undangan Negeri(DUN) telah ditolak sebanyak 13 kali sejak 2013.
Manakala, Kok Fooi pula mendakwa bahawa kerajaan negeri tidak membantu
menyelesaikan di kawasannya walaupun dibangkitkan beberapa kali.
Kok Fooi merupakan Adun Berapit.
Kok Fooi Sabtu lalu, yang mengakui sistem pentadbiran Kerajaan DAP Pulau
Pinang lemah dan menyebabkan kebanyakan masalah di negeri ini gagal
diselesaikan dengan baik, selain ada yang masih berulang.
Sementara itu, ADUN Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu bersetuju
dengan pendedahan dua rakan sejawatnya mengenai kelemahan pentadbiran
Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Yee Chue berkata, beliau juga turut menyokong dakwaan bahawa Kerajaan
DAP Pulau Pinang dikawal individu tertentu, serta mahu masalah itu
diselesaikan dengan segera.
"Memang pentadbiran kerajaan negeri lemah dan ia dikawal individu tertentu.
Malah, yang kawal pentadbiran negeri ini sebenarnya hanyalah (seorang)
individu. "Saya harap mereka (ADUN Berapit, Ong Kok Fooi dan ADUN
Penanti, Dr Norlela Ariffin) akan berjuang untuk pastikan perkara ini
dapat diselesaikan," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada
Selasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment