Bila terjadinya pertembungan 3 penjuru antara DAP dan PKR, maka wujudlah jari-jari yang cuba menuding menyalahkan pihak lain.... Ada yang menuduh pertembungan ini disebabkan PKR telah mengingkari janji yang telah dipersetujui pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan... Ada pula yang menuduh pertembungan ini disebabkan DAP yang 'gilakan kuasa' untuk memerintah negeri Sarawak.
Kita tak tahu laa kenapa pembangkang boleh melakukan pertembungan sesama sendiri ini... Namun Kita percaya pertembungan ini disebabkan pemimpin pembangkang 'kemaruk' untuk menguasai kerajaan Sarawak.
Bagi meredakan 'kepanasan' pertembungan sesama rakan sekutu ini, Presiden parti Amanah Negara, Mohamad Sabu tampil menggesa PKR dan DAP mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini demi kebaikan parti masing-masing dan rakyat Sarawak.
"Kami sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi, agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini. Saya yakin pemimpin DAP dan PKR berupaya melakukan yang terbaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan negara," kata Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Walaupun Mat Sabu menggesa kedua-dua parti terbabit mencari jalan penyelesaian sebelum hari mengundi berlangsung, namun gesaan Mat Sabu itu dipercayai dituju kepada PKR supaya dapat menarik diri dan memberi ruang untuk calon DAP bertanding menentang calon BN secara 'one to one'.
Kita sendiri tahu yang Mat Sabu ini merupakan 'orang kuat' DAP apabila berjaya memecah-belahkan Pas dengan menubuhkan sebuah parti baharu... Jadi, dalam kes ini sudah pasti beliau akan mempertahankan DAP untuk terus bertanding berbanding PKR.
No comments:
Post a Comment