Tuesday, April 26, 2016
Tolak Usul Sidang DUN : Usaha Kerajaan Dap Pulau Pinang Tutup Kudis Dan Pekung
KUALA LUMPUR : Pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak
meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak berpihak kepada kerajaan
negeri bukan sahaja memalukan malah memperlihatkan betapa banyaknya
kudis dan pekong yang cuba disembunyikan.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim
berkata kerajaan negeri sudah tentu seboleh-bolehnya mahu menutup segala
pekung dan segala benda yang boleh menampakkan kecacatan mereka dalam
menguruskan kerajaan negeri.
Menurut
beliau hakikatnya sidang DUN adalah tempat yang sebaik mungkin dan
merupakan platform terbaik dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan
rakyat agar kepentingan serta kebajikan mereka terjaga.
“Pendedahan tersebut dilihat kerajaan negeri tidak telus. Ke mana
hilangnya slogan mereka sebelum ini yang dicipta sebagai asas dalam
perjalanan kerajaan negeri iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
“Dalam sidang DUN pun tidak berani untuk menerima hakikat apatah lagi
jika ianya di luar DUN. Apa yang mereka ingin sembunyikan daripada
pengetahuan rakyat. Usahlah lagi guna atau laungkan slogan CAT ini..
hanya memalukan sahaja.
“Umum juga masih tidak lupa bagaimana wakil rakyat daripada kerajaan
menangis di dalam sidang DUN. Itu hanya berlaku di Pulau Pinang. Jadi
tidak peliklah dengan pendedahan berkenaan,” katanya kepada media,
di sini, hari ini.
Kerajaan Dap Pulau Pinang didakwa tidak meluluskan kebanyakan usul
yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang DUN yang dilihat tidak berpihak
kepada kerajaan negeri meskipun berkaitan isu rakyat.
Perkara itu didedahkan sendiri ADUN daripada Dap dan PKR yang
mendakwa, usul tersebut tidak diluluskan meskipun dibawa ADUN kerajaan
negeri sendiri.
ADUN Berapit daripada Dap, Ong Kok Fooi berkata, sikap sedemikian
menyebabkan pentadbiran Kerajaan Dap Pulau Pinang ketika ini dilihat
lemah meskipun selepas hampir dua penggal diberi kepercayaan oleh
rakyat.
Beliau berkata demikian dalam Forum Celik Politik 3.0 bertajuk ADUN
Buat Apa? – Peranan Penyokong dan Pembangkang Dalam DUN yang diadakan di
bangunan DUN, di sini malam tadi.
Turut bertindak sebagai ahli panel dalam forum yang dihadiri
kira-kira 100 orang itu ialah ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin (PKR)
dan ADUN Telok Air Tawar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Jahara
Hamid.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap pendedahan terbabit, Norliza
seterusnya menambah banyak isu yang boleh diselesaiakn dan perlu dibawa
oleh wakil rakyat ke sidang DUN supaya masalah penduduk setenmpat dapat
diselesaikan sebaik mungkin.
“Jika inilah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan, bayangkan soalan
daripada pihak pembangkang…apa jadi dengan soalan daripada pihak
pembangkang. Sedangkan soalan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pun
ditolak.
“Jadi kepada rakyat di Pulau Pinang, mereka boleh menilai dan melihat
secara mendalam bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh
Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment