Tuesday, April 26, 2016

Pemuda Pulau Pinang Cabar Guan Eng Jadi Anak Jantan Segera Saman Rahman Dahlan

NIBONG TEBAL : Jika benar Datuk Abdul Rahman memfitnah, maka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus berani menyahut cabaran memfailkan saman terhadap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana Guan Eng memang terkenal dengan sikap suka saman menyaman, ujar Rafizal Abdul Rahim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang itu turut mendesak Guan Eng agar menjadi anak jantan untuk membuktikan bahawa dirinya benar-benar difitnah oleh Rahman Dahlan.

IMG-20150625-WA0014 
“Guan Eng memang terkenal dengan sikap suka mengambil tindakan undang-undang tetapi kali ini dia dilihat agak pasif untuk menfailkan saman terhadap Rahman Dahlan sedangkan sudah lebih sebulan isu pembelian rumah banglo dan Taman Manggis didedahkan.

“Guan Eng dilihat hanya aktif membalas segala tuduhan dan dakwaan melalui media sosial dan kenyataan media tetapi mengapa tiada tindakan saman? Maka oleh itu Pemuda Pulau Pinang mencabar Guan Eng untuk menyahut cabaran Rahman Dahlan agar segera mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar dia difitnah.

“Kalau Guan Eng betul maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Berani kerana benar, takut kerana salah… silalah jadi anak jantan.. jangan hanya berani berkokok di luar gelanggang,” ujarnya kepada media.

Baru-baru ini Rahman Dahlan telah mencabar Guan Eng untuk memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah kerana mendakwa dirinya sengaja tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.

Rahman Dahlan dalam kenyataannya berkata, sekiranya Guan Eng merasakan apa yang telah didedahkan oleh dirinya adalah satu pembohongan maka ambillah tindakan saman malah dirinya amat berbesar hati untuk berjumpa Guan Eng di mahkamah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Guan Eng mendakwa Rahman Dahlan gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.

Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis tetapi dibatalkan atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment