Tuesday, April 26, 2016
BN Buka Langkah Kanan, Perjanjian DAP-PKR Lebur
KUCHING : Barisan Nasional (BN) melakukan ‘ledakan’
pertama pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) apabila
memenangi dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon bagi 82
kerusi pada Isnin.
Penamaan calon bagi pilihan raya negeri 7 Mei ini menyaksikan
pembangkang dalam keadaan kucar-kacir apabila DAP dan PKR gagal mencapai
kesepakatan sehingga berlaku pertindihan calon bagi beberapa kerusi
yang dipertikaikan.
Parti Amanah Negara (Amanah), rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, dan
PAS diramal tidak mampu memberi impak dan hanya dilihat sebagai
‘pengacau’.
Calon BN, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga naib presiden
kanan PBB dan Dr Abdul Rahman Ismail, juga daripada PBB, masing-masing
mengekalkan kerusi Bukit Sari dan Bukit Kota untuk penggal ketiga.
Kali terakhir BN menang tanpa bertanding adalah bagi kerusi Daro dan Dalat pada tahun 2006.
Pada 2011, BN tidak memperoleh kemenangan percuma apabila menang 55
daripada 71 kerusi, DAP 12 dan masing-masing satu oleh PKR dan calon
Bebas.
PRN-11 menarik sejumlah 228 calon dengan majoriti daripada mereka
datang awal ke pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonan
serta memulakan kempen selama 12 hari.
BN telah menamakan calon bagi kesemua 82 kerusi, PKR dan DAP
masing-masing bertanding 31 kerusi, PAS dan Star masing-masing 11
kerusi, Amanah (13), PBDS (B) (5) dan 36 calon Bebas.
BN di bawah populariti Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berdepan
dengan saingan satu lawan satu di 36 daripada baki 80 kerusi yang akan
dipertandingkan.
Adenan, yang pertama kali memimpin BN Sarawak dalam pilihan raya
negeri itu, akan mempertahankan kubu kuatnya di Tanjung Datu apabila
bersemuka dengan calon PKR, Jazolkipli Numan dalam pertandingan satu
lawan satu.
Presiden PBB berusia 72 tahun itu mendapat suntikan moral apabila
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengiringinya ke Dewan
Masyarakat Lundu untuk mengemukakan borang pencalonan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment