Sunday, April 03, 2016
Khalid Hentam Balik Azmin... Kelewatan Langat 2 Bukan Alasan Bazir RM 800 Juta
“Kelewatan pembinaan loji Langat 2 (Loji Rawatan Air Langat 2) tidak
boleh dijadikan alasan untuk beliau membelanjakan RM800 juta untuk
membina loji baharu”.
Itu kata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
akan membawa isu tanah dan air yang dibangkitkan Menteri Besar, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor, minggu depan.
Beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang juga menyatakan kesediaan membantu
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan Selangor (Selcat) menyiasat isu itu.
“Mungkin banyak yang beliau telah pelajari daripada helah mantan Perdana
Menteri, mentor utama beliau dalam penganugerahan konsesi penjanaan
tenaga melalui Purchasing Power Agreement (PPA) kepada beberapa syarikat
swasta terpilih atau ‘independent power producers’ (IPPs) kononnya
sebagai penyelesaian terbaik bagi krisis tenaga pada tahun 1990-an,”
katanya di laman Facebook miliknya.
Reaksi ahli parlimen bebas Bandar Tun Razak itu dibuat ekoran tindakan
Mohamed Azmin menyalahkan dirinya kerana kelewatan projek (Langat 2).
Mohamed Azmin mendakwa Khalid sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor
pada 2009 bertanggungjawab menjual tanah di mukim Hulu Langat yang
dikenal pasti sebagai tapak sesuai untuk membangunkan kemudahan enap
cemar kepada pihak ketiga.
“Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTTHA) telah merancang untuk buat pengambilalihan ke
atas tanah tersebut bagi tujuan membangunkan kemudahan enap cemar.
“Tanah itu telah diberi milik kepada MBI (Pemerbadanan Menteri Besar)
pada ketika itu dan seterusnya dijual kepada Syarikat Prestige Capital
Sdn Bhd pada 2013,” kata Mohamed Azmin.
Tindakan Khalid kata Mohamed Azmin menyebabkan PAAB terpaksa membuat
perancangan semula pembangunan Langat 2 dan mencari tapak baharu bagi
membina kemudahan enap cemar, sekali gus projek yang dijadualkan siap
pada 2017 tertangguh sehingga 2019.
“Sekiranya PAAB ingin mengekalkan tapak asal maka, PAAB perlu membeli
semula tanah tersebut pada harga RM600 juta yang akhirnya akan
ditanggung oleh rakyat Selangor,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment