Monday, April 25, 2016
#PRNSarawak : Pembangkang Lemah, Tiada Persefahaman – Adenan
Tiada persefahaman antara DAP dengan PKR tentang
pembahagian kerusi serta sikap suka sabotaj antara satu sama lain
memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan
besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau boleh ‘membaca’
bahawa peluang pembangkang untuk memenangi PRN-11 amat rendah
berdasarkan situasi yang berlaku melibatkan parti-parti komponennya.
“Hari penamaan calon hari ini menunjukkan petanda baik apabila
kesemua 82 calon kami diiktiraf layak bertanding oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan difahamkan dua kawasan Barisan Nasional diumumkan
menang tanpa bertanding iaitu di Bukit Sari (Datuk Amar Awang Tengah
Ali Hasan) dan Bukit Kota (Dr. Abdul Rahman Ismail).
“Saya fikir (punca kelemahan pembangkang) tidak persefahaman pendapat
apabila DAP menentang PKR atau mereka meletak calon Bebas untuk
menentang antara satu sama lain.
“Saya boleh membaca bahawa peluang pembangkang (menang) sangat rendah
berdasarkan rekod mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari
ini.
Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri. Dr. Wan Junaidi Tuanku
Jaafar; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Terdahulu, Adenan yang juga Pengerusi BN negeri menunaikan solat
hajat bersama Najib, beberapa pemimpin BN lain dan kira-kira 5,000
penyokong di Masjid Daerah Lundu sebelum diarak ke pusat penamaan calon
di Dewan Masyarakat Lundu di sini.
Beliau adalah penyandang kerusi N3. Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tanjong Datu dan disahkan bakal bersaing dengan calon PKR, Jazolki pli
Numen, 51, bagi merebut semula kerusi tersebut pada PRN-11.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N3. Tanjong
Datu, Hamsein Atar selepas proses penamaan calon tamat pada pukul 10.15
pagi ini.
Adenan menyerahkan borang penamaan calon pada pukul 9.25 pagi,
manakala Jazolkipli merupakan seorang usahawan, berbuat demikian pukul
9.07 pagi.
Dalam pada itu Adenan memberitahu, beliau mempunyai pelan besar untuk dilaksanakan di kawasan Tanjung Datu pada masa depan.
“Sebab itu, saya kata tempoh dua tahun (sebagai Ketua Menteri) tidak
cukup, kami (kerajaan) ada rancangan untuk pembangunan di bandar dan
luar bandar. Pelan keseluruhan untuk Lundu dan Sematan bermula dengan
projek tebingan Lundu serta Sematan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment