Sunday, April 03, 2016
Saya tidak Pernah Tengok Lim Guan Eng Setakut Ini - Ramesh Rao
Sebagai bekas penyokong DAP, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial
Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata beliau tidak pernah melihat wajah
Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng begitu takut seperti yang
kelihatan sekarang.Selepas pendedahan skandal beliau membeli banglo yang
didedahkan minggu lepas, nampak Ketua Menteri Pulau Pinang itu seperti
hilang punca dan kelam-kabut dalam menangani pendedahan ini yang
disertakan dengan bukti dan dokumen.
Tambahan lagi, menurut Ramesh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) juga sudah memulakan siasatan dan dikhabarkan pejabat Kerajaan
Negeri juga sudah didatangi pegawai SPRM untuk siasatan.
“Pada satu video Guan Eng memberikan taklimat kepada wartawan selepas
membawa mereka melihat-lihat rumah banglo itu, jelas beliau bercakap
tergagap-gagap dan nampak bimbang.“Saya sudah lama mengenali parti DAP,
dan saya tidak pernah melihat dia begitu takut seperti sekarang ini,”
katanya kepada media melalui pesanan Whatsapp hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment