Friday, April 01, 2016

Sekarang Kau Boleh Tanam Sayur... Baru Tahu Langit Itu Tinggi Atau Rendah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9eIGKe9_i-Ed0J5f6_YmtDgQm7CdSuvmg1NvmoegoZ9A10TJWL4sPHh0Pk68gw9GpA2SHX7ziaCZWRsDTCXIhFqVRH2XjzDDl5ONrGYLOfK1uQ_ktnC304a0jWjA_9CWky9UhPQkypit6/s1600/FB_IMG_1459003842647.jpg
Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja 24jam. Lelaki tersebut bukan sahaja menghina perdana menteri, malah dia turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.

Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki terbabit kini telah dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.

Tapi malangnya semua telah terlambat, pandai saja tak guna, kalau takde akal.., betul tak?? Akibat daripada tindakan yang diambil terhadapnya, Jalil kini secara terbuka telah menzahirkan permohonan maafnya terhadap perdana menteri. Sudah jadi macam ni baru nak insaf yer!

“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.

“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang,” katanya.

Doa-doa jela yang perdana menteri maafkan dia, tapi kita percaya yang Najib ni memang baik hati.. Huhuuuu! Posting permohonan maaf Jalil di media sosial mendapat reaksi positif dari para pengguna Facebook. Rata-rata mereka menerima dengan baik permohonan maaf yang disuarakan jurutera tersebut.

Itu la lain kali nak muatnaik status tu baik-baik sikit, jangan fikir yang sekarang ini tiada mata-mata sedang melihat. Zaman sekarang ini mudah sangat nak viral, kutuk sikit je memang akan jadi viral.. Hahaha! Pengguna laman sosial jugak yang viralkan okey, jangan tuduh ‘spy kerajaan di facebook’ pulak! Cari makan dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment