Monday, April 04, 2016

53 Media Vs Ratusan Media Antarabangsa Di Zaman Reformasi

EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
reform
Baru-baru ini, ‘ketua pembangkang yang baharu’ Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 53 media antarabangsa yang menyiarkan laporan berkenaan isu 1MDB. Mungkin beliau mahu rakyat fikir, kononnnya dengan membuat senarai tersebut maka rakyat akan percaya berlaku jenayah dalam syarikat tersebut…

Mungkin bagi Mahathir, dengan senarai 53 media antarabangsa itu maka rakyat akan tahu betapa ‘hina’nya rakyat, umat Islam dan bangsa Melayu di mata dunia. Mungkin kerana itu beliau bersusah payah membuat senarai berkenaan.

Maklumlah, media antarabangsa kini menjadi ‘rujukan utama’ seolah-olah ‘kitab suci’ yang perlu dipercayai oleh setiap warga Malaysia. Padahal dulu, Mahathir juga yang mengajar kita tentang propaganda ‘proksi Yahudi’ yang menguasai media asing di zaman ini, bukan?

Namun begitu, sekiranya dirujuk satu persatu setiap media yang melaporkan tentang isu 1MDB tersebut, boleh dikatakan hampir semuanya memetik dari antara satu sama lain dengan memetik dari satu sumber asal yang kemudian diolah sesama mereka.

Dari sudut ilmiah, mereka hanya memetik dari sumber primier sebagai sumber utama untuk disiarkan dan semua maklumat itu berkisar antara satu sama lain untuk menjadi sumber sekunder. Sumber asal mereka cuma Sarawak Report dan kemudian semua yang lain memetik antara satu sama lain, termasuk WSJ.

Justeru itu, apabila sumber primier mereka itu salah lapor, menipu, mereka cerita, mengubahsuai dokumen yang kononnya ‘bukti kukuh’, maka media-media antarabangsa lain yang memetik isu kontroversi itu juga akan tersilap lapor.
clare
Ramai juga yang bertanya pada pihak kerajaan mengapa tidak saman saja semua media-media berkenaan. Namun pada pandangan saya, tindakan saman terhadap media-media berkenaan hanyalah membuang masa kerajaan dan tumpuan wajar diberikan kepada tugas mentadbir negara yang jauh lebih penting dari melayan kerenah media-media yang mencari ‘rating’ itu.

Lagipun jika dilihat pada sejarah pentadbiran Mahathir sendiri, jangankan 53 media antarabangsa pernah menghasilkan laporan memburuk-burukkan Malaysia di zamannya, malah dipercayai ratusan media pernah memperlekeh negara kita dulu.

Masih ingat lagi ketika kita ‘berperang’ mempertahankan Mahathir ketika di zaman reformasi dulu? Saya yakin bahawa ketika itu ratusan, malah mungkin ribuan media asing menyiarkan corak pemerintahan ‘diktator’ Mahathir. Dulu beliau tidak mengaku, tapi lepas mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, tiba-tiba pula beliau mengaku ‘diktator’?

Ketika itu, pernahkah kita dengar Mahathir memfailkan saman pada media-media antarabangsa yang menuduhnya dengan pelbagai skandal, penyelewengan dan menghina beliau sewenang-wenangnya di mata dunia? Dan kini beliau mahu Najib saman semua media itu? Buang masa!

Sekiranya rakyat, umat Islam dan bangsa Melayu mahu rasa terhina dengan hinaan media asing seperti yang dikatakan Mahathir itu, sepatutnya kita sudah lama rasa terhina dan diaibkan oleh pemerintahan bekas Perdana Menteri itu. Sepanjang 22 tahun, pelbagai skandal yang terpalit pada nama Malaysia kerana beliau.

Jelaslah bahawa apa yang dimomokkan bekas Perdana Menteri itu hanyalah permainan politik beliau sahaja. Motifnya adalah untuk menjatuhkan Najib. Mungkin itulah yang berlaku apabila nafsu serakah politik melebihi batas-batas Islam.

Sumber yang diubahsuai pun dikatakan ‘benar’? Politik jenis apakah ini? Mereka belajar dari Zionis? Semoga mereka diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar…

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIzpomEpH19S-5Vu021bqx2NiKAH0buZ19MYv0oWBcRhzdpmWnEYbHxiKiOHOlNKVAWczj-HRiew1Oi9uYYw3mLMj0jh3jCwws2xmFejlL2TpUYt6b-rYZxsJCTEHWSE_xPce6UPTHcdU/s320/Acoy+9.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment