Monday, April 04, 2016
Budaya Fitnah : Berubahlah Sebelum Terlambat…
EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
Ramai yang tertanya-tanya mengapakah di zaman serba internet ini
begitu banyak sekali fitnah yang berlaku di negara kita. Misalnya di
media sosial, bukan saja tohmahan dan fitnah, malah tulisan tidak
beretika pun boleh dikatakan hampir berlaku setiap hari.
Adakalanya, perkara seperti kematian seseorang pun sengaja
direka-reka, lain cerita yang berlaku tapi lain pula yang dicerita di
media sosial. Gambar seorang penjenayah pun oleh dianggap ‘suci’
walaupun dia baru saja bunuh anggota polis. Itu budaya orang Malaysia
zaman ini di internet?
Benarlah masih ramai yang tidak terpengaruh dengan tohmahan dan
fitnah tersebut. Malah ramai juga yang sudah bosan dengan ‘kisah viral’
yang ditokok tambah, diubah suai cerita sebenar dan fitnah yang
disebarkan. Tapi malangnya, masih ada lagi yang terpengaruh?
Saya melihat, mereka yang senang terpengaruh dengan cereka-cereka
‘fiksyen’ dan khayalan itu kebanyakkannya adalah golongan muda. Mungkin
‘baru kenal dunia’, mereka bagaikan tidak beradab, tidak tahu etika,
malas membaca, tapi berlagak bagai tahu serba serbi.
Bila kecoh tentang ekonomi, mereka jadi ‘pakar ekonomi’. Padahal,
subjek ekonomi pun tak pernah belajar. Bila kecoh bab kapal terbang
hilang, mereka tiba-tiba jadi ‘aeronautical engineering expertist’,
sampai skru kapal terbang pun mereka kata mereka kenal? Padahal hanya
lulusan SPM dan kerja sebagai despatch saja. Peliknya, ada Profesor yang
terpengaruh dan percaya pada mereka-mereka ini?
Siapa yang mengajar mereka budaya sebegini agaknya? Saya yakin
bahawa pihak kerajaan telah menyediakan model pendidikan yang baik,
kerajaan pun melarang rakyat melakukan spekulasi dan fitnah menerusi
pelbagai kempen dan undang-undang. Malah paling utama, agama Islam
sendiri melarang perbuatan tersebut! Tapi mereka tidak hirau semua itu?
Pada pandangan saya, ‘khayalan’ dan cereka ‘fiksyen’ berkenaan
begitu sinonim dengan puak pembangkang. Kita pernah dengar tentang Red
Bean Army (RBA). Malah kita juga begitu kenal dengan strategi
pembangkang yang suka mengada-adakan cerita yang tiada.
Masih ingat cerita cincin berlian yang dikaitkan dengan Datin Seri
Rosmah Mansor? Siapa yang mendakwa tentang fitnah cincin itu kalau bukan
Rafizi? Setelah terbukti dakwaan tersebut fitnah, tiba-tiba saja dia
boleh kata kononnya itu ‘acah saja’?
Gambar macam ni pun ada?
Masih ingat lagi cerita tentang mendiang Altantuya? Bermati-matian
mereka menuduh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isterinya sebagai
pembunuh. Sampai bersumpah atas nama Allah berkali-kali, tapi mereka
tetap berdemo meneruskan fitnah tersebut. Bila Sirul Azhar tegaskan
Najib dan isteri tiada kaitan, ada mereka minta maaf?
Masih ingat lagi kononnya Najib ‘beli’ Rosmah dari pembaca berita
Dunia Jam 10, Farid Ismeth? Bertahun-tahun cereka rekaan itu diputar di
corong telinga rakyat. Tapi bila Farid sendiri mendedahkan dia tidak
kenal dan tidak pernah kahwin dengan Rosmah, pernah mereka-mereka itu
minta maaf pada isteri Perdana Menteri, suami dan anak-anak mereka?
Kerana itulah saya positif mengatakan bahawa pihak pembangkang
banyak merosakkan minda rakyat Malaysia terutaman golongan muda dengan
cerita-cerita khayalan yang direka-reka. Merekalah dalang yang
membudayakan fitnah di negara kita.
Soalnya, sampai bila mangsa-mangsa manipulasi minda itu akan sedar
tentang penipuan demi penipuan yang dihidangkan pada mereka. Ditambah
pula dengan ‘spin-spin’ media sosial pro-pembangkang yang bersumberkan
cerita tidak benar, bila agaknya mereka akan tersentak dari melakukan
sesuatu yang dilarang agama?
Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing. Saya hanya utarakan
pandangan saya sahaja. Terpulanglah untuk sedar atau tidak, kerana
Allah itu sentiasa tahu apa yang hambaNya lakukan di dunia ini. Maka, saranan
saya, berubahlah sebelum budaya songsang ini membinasakan negara…
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment